ADVERTISEMENTspot_img

10 mangsa cedera kenderaan terjunam 50 meter ke dalam gaung

Anggota Bomba menyelamatkan mangsa dari van berkenaan


RANAU: Hasrat 10 sekeluarga untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila van yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 50 meter dekat sini pada malam hari Khamis.


Ketua Balai BBP Ranau, PPgB Ridwan Bin Mohd Taib berkata, kejadian itu berlaku berhampiran dengan penginapan Nickgold Resort Kundasang pada kira-kira jam 7.50pm.


“Panggilan diterima melalui Talian Balai tentang kejadian ini pada jam 7.56pm lalu sekumpulan anggota seramai 8 orang diketuai Komander Operasi, PBK II Wasli Bin Saupin dikejarkan ke lokasi.


“Setiba di tempat kejadian sejauh 20 kilometer dari balai itu, kita mendapati berlaku satu kemalangan melibatkan sebuah Van Urvan terbabas ke dalam gaung sedalam 50 meter.


“Terdapat terdapat 9 orang mangsa cedera ringan dan seorang mangsa warga emas tersepit. Pasukan Bomba Berjaya mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.


Menurut Ridwan, kesemua mangsa yang berumur antara 4-68 tahun dihantar ke Hospital Ranau menggunakan jentera EMRS dan Ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.


“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 9.50pm,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN