Gambar – Haji Yazid (kiri)menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima, Norman Hakim
KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @Nordin menghulurkan sambungan bakul makanan kepada sepuluh orang yang dikuarantin dan terjejas semasa Pandemik Covid-19
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya diwakili oleh Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles, Ahli Jawatankuasa Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor merangkap Ketua Biro Agama Islam DUN N.40 Bingkor menyerahkan sumbangan itu kepada Norman Hakim Hariri yang mewakili penerima bantuan tersebut.
Salah seorang penerima bantuan berkenaan, Hanidah Saiman mengucapkan terima kasih kepada Datuk Robert atas sumbangan tersebut.
Beliau berkata sejak awal tahun ini, mereka belum pernah menerima bantuan dari mana-mana pihak.
“Kami bersyukur atas keprihatinan Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menghulurkan bantuan tersebut” kata Hanidah.
Bantuan tersebut jelasnya, sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang mereka tanggung disepanjang pandemik Covid-19 dan pelaksanaan PKP yang masih berkuatkuasa.
Menurut Hanidah, sebelum ini mereka yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan tetapi ketika pelaksanaan PKP ekoran pandemik Covid-19 mereka kehilangan punca pendapatan.