ADVERTISEMENTspot_img

𝟔𝟒 𝐩𝐞𝐦𝐚𝐢𝐧 𝐢𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚𝐢 𝐃𝐚𝐢𝐥𝐨𝐠 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐌𝐢𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐆𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧

Mohd Husni (kiri) bersama Suhaili dan Vijay (kanan) pada Dailog Strategik Minyak dan Gas.

𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍: 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝟔𝟒 𝐩𝐞𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐦𝐢𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐠𝐚𝐬 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐰𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐢 𝐃𝐚𝐢𝐥𝐨𝐠 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐌𝐢𝐧𝐲𝐚𝐤 & 𝐆𝐚𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐡𝐨𝐭𝐞𝐥 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐧𝐢 𝐛𝐚𝐫𝐮 𝐛𝐚𝐫𝐮 𝐢𝐧𝐢.

Dailog yang dipengerusikan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Mohd Husni Muhammad Saleh itu bertujuan membincangkan cabaran yang dihadapi industri, memperkukuh penyelarasan kawal selia, meneroka peluang pelaburan baharu serta merancang strategi bagi memperkasa petumbuhan ekonomi dan kelasterian jangka panjang Labuan.

Dailog yang pertama kali dianjurkan oleh Flexi Flex Group yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Vijay Sharma telah dirasamikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman.

Dailog berkenaan juga merupakan platform strategik bagi merapatkan jurang antara sektor awam seperti Imigresen, Kastam, Matitim, Kesihatan dan Pekerjaan, Keselamatan dan pemimpin indudtri minyak dan gas.

Mohd Husni berkata, penglibatan wakil pemeggang kepentingan itu mencerminkan komitmen bersama bagi mengukuhkan peranan Labuan sebagai hab ekonomi dan perindustrian yang strategik.

Antara isu utama yang dibangkitkan ialah cabaran berkaitan Kastam seperti kelewatan perlepasan kargo, fleksibiliti operasi yang terhad bagi peralatan berkaitan luar pesisir dan keperluan dokumntasi yang memberi kesan kepada masa pemulihan operasi minyak dan gas.

Pemain industri turut membangkitkan keperluan kordinasi yang lebih jelas antara Kastam dan agensi penguatkuasaan lain.

“Kami percaya bahawa kerjasama awam dan swasta amat penting, apabila industri dan kerajaan bekerjasama secara fokus akan dapat mewujudkan persekitaran perniagaan yang cekap, patuh dan menarik pelabur”, kata Mohd Husni.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN