Mohd Husni menyaksikan Majlis Serah Tugas antara Sukuran (kiri) dan Rithuan.
𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍: 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐣𝐚𝐭𝐢 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧, 𝐑𝐢𝐭𝐡𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐈𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐄𝐤𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐢𝐟 (𝐂𝐄𝐎) 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐝𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐭𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟏𝟔 𝐅𝐞𝐛𝐮𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢.
Pelantikan semula beliau diumumkan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Mohd Husni Muhammad Salleh pada Majlis Serah Tugas yang diadakan di sini, pada Khamis.
Rithuan, 58, menggantikan Mohd. Sukuran Taib yang dinaikan pangkat dsn akan ditugaskan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Rithuan sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Tugas Tugas Khas Di Jabatan Wilayah Persekutan (JWP) dan pernah dilantik KPE Perbadanan Labuan pada 2022 hingga 2024.
Terdahulu Mohd Husni ketika berucap pada majlis itu berkata, pelantikan semula Rithuan bukan sekadar kesinambungan, tetapi satu langkah
strategik untuk memanfaatkan pengalaman lalu bagi meneruskan agenda pembangunan
dan transformasi
serta kestabilan organisasi.
“Individu mungkin silih berganti memegang tampuk eksekutif, namun
semangat kebersamaan adalah tunjang yang tidak boleh dikompromi.
” Seluruh jentera
pengurusan perlu dan berganding bahu
merealisasikan reformasi organisasi”, katanya.
Beliau turut berharap dengan kembalinya semula Rithuan, Perbadanan Labuan mampu meneruskan perancangan yang akan dilaksanakan termasuk mempercepatkan lonjakan ekonomi, pelaburan dan pemodenan pencapaian perkhidmatan melalui agenda pendigitilan yang agresif.
Pada majlis itu Mohd Husni bagi pihak Perbadan Labuan juga turut merakamkan penghargaan kepada Mohd Sukuran atas komitmen dan khidmat bakti beliau sepanjang berkhidmat di Perbadanan Labuan.
Hadir sama menyaksikan majlis penyerahan tugas itu, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek serta barisan kepimpinan kanan Perbadanan Labuan.



