Mohd Alias (tengah) bersama Pengerusi JPKK yang hadir pada majlis tersebut
šššššš:ššš°šš§ šš¬šš”šš°šš§ ššš„šš²š® šššš®šš§ (šššš) šššš„šš” šš§ššš«š šš ššš š²šš§š šš¢ š„šš§šš¢š¤ šØš„šš” ššš¦šš§ššš«š¢šš§ ššš«š®š¦šš”šš§ ššš§ ššš«šš£ššš§ ššš¦š©šššš§ (šššš) š®š§šš®š¤ š¦šš„šš¤š¬šš§šš¤šš§ šš«šØš š«šš¦ šš¤šØš§šØš¦š¢ ššØš¦š®š§š¢šš¢ ššš§ššš« (šššš) šš¢ š¬šš„š®š«š®š” š§šš šš«š.
Pengerusi DUML, Datuk Seri Mohd. Alias Abdul Rahman berkata, sebelum ini pihak KPKT telah menerima sebanyak 114 pencalonan NGO dari seluruh negara untuk menyertai Program PEKB, bagaimanapun selepas menjalani proses penilaian yang ketat hanya 28 NGO termasuk DUML yang layak dilantik untuk melaksanakan PEKB.
Beliau berkata PEKB adalah yang pertama diadakan di Labuan selepas DUML berjaya dipilih oleh KPKT dan ini sekaligus menjadi
langkah penting bagi DUML dalam melaksanakan tanggungjawab sosial membantu pembangunan komuniti.
“Dengan perlantikan ini, DUML bukan sahaja diberi
kepercayaan oleh pihak kerajaan tetapi juga bersedia untuk memikul tanggungjawab besar ini.
“DUML mempunyai peranan yang signifikan dalam mencapai matlamat program ini sesuai dengan visi kami berkomitmen untuk membantu melahirkan usahawan baru yang berdaya saing” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Mesyuarat Pelaksanaan Penyelarasan dan Pemerkasaan PKEB peringkat Labuan bersama 27 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yan diadakan di Dewan Terbuka Desaland Sungai Pagar di sini, pada Ahad.
Mohd Alias berkata matlamat utama program ini adalah untuk membantu komuniti bandar berpendapatan rendah khususnya golongan B40 dan bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk latihan keusahawanan dan sokongan perniagaan.
Tambahnya, nisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan pendapatan dengan menyediakan kemahiran, peralatan dan elaun
yang diperlukan oleh peserta.
Selain itu katanya, program tersebut juga akan memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran digital teknologi AI yang semakin
penting dalam sektor pemasaran global yang memerlukan daya saing dan berinovasi.
Dalam pada itu beliau yakin DUML akan dapat memainkan peranan yang lebih signifikan dalam memperkasakan ekonomi komuniti bandar dan membantu mereka yang berpendapatan rendah untuk mencapai kehidupan yang lebih baik.



