Robert (tengah) menyaksikan kaunter agensi-agensi kerajaan yang memberi perkhidmatan kepada masyarakat pada program itu.
KENINGAU: ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐ ๐ฎ๐ต๐ธ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐ฟ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ, Mahkamah Majistret Keningau yang dikelolakan oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah dengan kerjasama Mahkamah Anak Negeri N.40 Bingkor yang berlangsung di Dewan Datuk Angian Andulag, Pekan Apin-Apin mendapat sambutan dikalangan masyarakat di kawasan Pedalaman.
Antara pengisian utama program ini adalah Perkhidmatan dari Mahkamah Majistret Keningau iaitu ‘endorsement’ sijil lahir daftar lewat, urusan Surat Akuan dan tandatangan Pesuruhjaya Sumpah serta Khidmat Nasihat Perundangan.
Program ini dijayakan bersama oleh Agensi-Agensi Kerajaan dan Swasta, antaranya Pejabat ADUN N.40 Bingkor, Pejabat ADUN N.41 Liawan, UPPM N.40 Bingkor, UPPM N.41 Liawan, Pejabat Daerah Keningau, Jabatan Pendaftaran Negara,Mahkamah Anak Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan dan Pusat Khidmat Rakyat P.180 Keningau.
Turut memberi perkhidmatan dalam program itu, Jabatan Insolvensi Malaysia Sabah, Jabatan Bantuan Guaman (JBG),!Pertubuhan Peguam Sabah (Sabah Law Society), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Keningaufm dan lain-lain agensi yang turut mengambil bahagian bagi menjayakan program ini.
Kehadiran dan sambutan masyarakat amat menggalakan, bukan sahaja dari Daerah Keningau tapi turut dihadiri oleh penduduk dari Daerah Tenom, Nabawan, Tambunan dan dari kawasan-kawasan lain yang datang untuk berurusan dengan agensi berkaitan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin yang hadir memberi sokongan program tersebut bekata, program itu amat bertepatan dan memberi manfaat kepada masyarakat terutama bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan dengan agensi dan jabatan yang berkaitan.
Ini katanya, kerana orang ramai mendapat manfaat melalui pelaksanaan program tersebut yang memberi peluang dan perkhidmatan percuma kepada mereka.
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berharap agar program seumpama ini diteruskan pada masa akan datang.
Beliau berkata, masih ramai masyarakat yang menghadapi masalah dalam urusan dokumentasi terutama kelewatan daftar sijil lahir dan lain-lain yang berkaitan.
Justeru itu katanya, wajarlah program seumpama ini diteruskan bagi memudahkan masyarakat yang memerlukan mendapat perkhidmatan daripada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.