27 C
Kota Kinabalu
Rabu, Februari 18, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

𝟏𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚𝐢 𝐓𝐚𝐤𝐥𝐢𝐦𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐕𝐌𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐝𝐚𝐧 𝐆𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧.

Haryanty (barisan depan tiga dari kiri) bersama peserta yang menyertai Taklimat Kempen VM2026 dan Geran Pelancongan.

𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍: 𝐊𝐢𝐫𝐚 𝐤𝐢𝐫𝐚 𝟏𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐦𝐚𝐢𝐧 𝐢𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧, 𝐩𝐞𝐦𝐞𝐠𝐠𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐫𝐮𝐡 𝐬𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐢 𝐓𝐚𝐤𝐥𝐢𝐦𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐕𝐌𝟐𝟎𝟐𝟔) 𝐝𝐚𝐧 𝐆𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧.

Taklimat anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Labuan dan Pejabat Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Kesenian (Motac) telah diadakan di salah sebuah hotel di sini, pada Khamis.

Program ini bertujuan memberikan penerangan menyeluruh mengenai kempen Melawat
Malaysia 2026 (VM2026) serta pelan strategik yang digariskan.

Antara yang turut dikongsikan adalah pelbagai insentif yang ditawarkan termasuk Geran Galakan
Melancong Malaysia (GAMELAN), Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP) dan Geran Sektor Penerbangan dan Carter (GSPC).

Menurut Pengarah Tourism Malaysia Sabah, Haryanty Abu Bakar “Visit Malaysia
2026 bukan sekadar kempen pelancongan, sebaliknya merupakan gerakan nasional yang
mencerminkan semangat perpaduan, keharmonian, kemesraan serta kepelbagaian kaum
dan budaya di negara kita.

Haryanty

“Sesi taklimat ini diharap memberi inspirasi kepada penggiat dan pemegang taruh industri pelancongan di Labuan untuk bergerak lebih proaktif dan kreatif dalam aktiviti promosi, sekali gus menarik lebih ramai pelawat ke Wilayah
Persekutuan Labuan.”, katanya ketika menyampaikan taklimat berkenaan.

Haryanty berkata, melalui kempen VM2026, Malaysia terus menekankan usaha memperkukuh sektor pelancongan sebagai salah satu pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara.

Tambahnya, momentum positif ini disokong oleh prestasi ketibaan pelawat antarabangsa yang
memberangsangkan pada tahun 2025 dengan jumlah 42.1 juta pelawat.

Bertemakan lagu Surreal Experiences, VM2026 akan menampilkan rangkaian program
berskala nasional sepanjang tahun, termasuk festival, acara kebudayaan, pameran, dan Dengan memanfaatkan potensi Malaysia sebagai destinasi pelancongan unggul di rantau
ini.

“VM2026 dijangka menjadi pemangkin kepada peningkatan ketibaan pelawat, membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memperkukuh imej negara di pentas antarabangsa.

“Selain merancakkan aktiviti ekonomi, kempen ini juga memberikan manfaat kepada komuniti setempat sambil menyokong sektor berkaitan seperti pengangkutan, peruncitan, kraf tangan dan industri kecil dan sederhana (IKS)”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN