25.4 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 19, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

𝗕𝗮𝘀𝗵𝗶𝗿 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗻𝗮𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗯𝘂𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱-𝟮𝟬𝟮𝟳

Lo (duduk tengah) bersama Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan yang baharu dilantik. Kelihatan sama Husni (tiga duduk dari kiri), Simsudin (tiga duduk dari kanan) dan Sukuran (duduk dua dsri kanan)

𝗟𝗔𝗕𝗨𝗔𝗡: 𝗠𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗕𝗮𝘀𝗵𝗶𝗿 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗹𝗶𝗮𝘀 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗻𝗮𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗯𝘂𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝘀𝗲𝘀𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱-𝟮𝟬𝟮𝟳.

Bashir, 60, yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan pernah dilantik jawatan itu untuk sesi 2016-2018, 2020-2022 dan yang terakhir bagi sesi 2023-2025.

Enam lagi Ahli Majlis yang turut dilantik untuk sesi 2025-2027 merupakan tiga muka baharu, manakala tiga dikekalkan mereka masing masing Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan, Datuk Wong Kii Yii, Ahli Parti Keadilan Rakyat, Seah Kiat Leong dan Pengerusi Wanita Sejahtera Labuan, Niswati Tarji.

Manakala tiga muka baharu yang dilantik untuk memenuhi quata Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan sesi 2025-2027 ialah Ketua Parti Amanah Kawasan Labuan, Datuk Wira Dr. Ramli Tahir, Ketua Pegawai Operasi Syarikat Megah Port Management yang juga Penaung Dewan Perniagaan Labuan (LCC), Datuk Seri Pactrik Tiong dan Penolong Pegawai Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan, Haziq Roslain.

Majlis penyerahan watikah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui, pada Sabtu.

Hadir sama menyaksikan majlis yang berlangsung di Bilik Persidangan Perbadanan Labuan itu ialah Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Mohd Husni Muhammad Salleh, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib.

Pada majlis itu Datuk Bashir Alias dan Niswati Tarji tidak hadir kerana berada di luar kawasan.

Untuk rekod Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan dilantik oleh Menteri Wilayah Persekutuan mengikut Akta Perbadanan Labuan 2001 (Akta 609) Peranggan 6(1)(a) yang terdiri daripada seorang Pengerusi dan enam anggota yang lain.

Sementara itu Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan bertanggung jawab untuk memberikan nasihat kepada Perbadanan Labuan berhubung dengan fungsi-fungsi kerajaan tempatan yang dilaksanakan oleh Perbadanan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN