29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 31, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐣𝐮𝐫 𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐢𝐧𝐢.

Logo Persatuan

𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍:𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐢𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐣𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐬𝐢 𝐚𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐢𝐧𝐢.

Salah satu daripada program itu ialah Malam Media yangbakan diadskan pada hujung bulan April.

Menurut kenyataan persatuan itu, penganjuran Malam Media bertujuan memberi penghargaan ke atas sumbangan dan kerjasama dewan perniagaan, pertubuhan bukan kerajaan, agensi awam serta sektor korporat yang sebahagianya menjadi rakan strategik kepada Persatuan Penggiat Media Labuan.

Acara lain yang dirancang termasuk Eksplorasi Geopark Labuan, Pertandingan Nyanyian Lagu Malar Segar dan Kejohanan Golf Media Labuan.

Program-program berkenaan antara lain bertujuan mengumpul dana bagi program kebajikan serta menyokong projek berkaitan lawatan sambil belajar untuk pengamal media Labuan pada tahun ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Eksplorasi Geopark Labuan akan dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Perbadanan Labuan (PL), manakala Pertandingan Nyanyian Lagu Malar Segar (60-70an) akan diadakan bersama Financial Park Labuan (FPL).

Sementara itu, Kejohanan Golf Media Labuan akan dianjurkan dengan kerjasama Kelab Golf Antarabangsa Labuan (LIGC).

Selain empat acara utama ini, beberapa program tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti gotong-royong pembersihan kawasan tarikan pelancong bersama pemimpin masyarakat.

Semua program yang dirancang mencerminkan komitmen berterusannya bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan antara pengamal media tetapi juga untuk menyumbang secara positif kepada komuniti tempatan dan mempromosikan kelestarian alam sekitar di pulau itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN