25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 5, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

ZON TIMUR JOHAN BOLA JARING MSS DAERAH

Juara..para pemain pasukan Zon Timur bersama jurulatih dan pengiring

RANAU: Pasukan Zon Timur yang dibarisi sebahagian atlet olahraga berjaya mempamerkan mutu permainan yang menarik sehingga hampir tidak membenarkan pihak lawan menembusi gawang gol mereka.

Kekebalan di barisan pertahanan yang diketuai Ashreen Ei Rene Raylos yang juga pemenang naib johan lontar peluru MSS Zon Timur 2022 sering mematahkan serangan para penyerang pasukan Zon Kinabalu. Kelincahan mempertahankan serangan di bahagian ini sekaligus menobatkannya selaku pemain pertahanan terbaik sepanjang perlawanan.

Ketajaman di bahagian serangan pula yang diketuai Jianiyen Jamary ( pemenang Johan Lontar Peluru dan Olahragawati MSS Zon Timur 2022 ) menambah kekuatan pasukan ini. Kelebihan ini ternyata menyuntik semangat para pemain pasukan Zon Timur bila mana Jianiyen sering berjaya mengucar-kacirkan kubu pertahanan Zon Kinabalu.

Naib Juara.. Zon Kinabalu

Dengan sokongan dan kombinasi yang baik daripada rakan sepasukannya di bahagian tengah Jianiyen berjaya membantu pasukannya menjaringkan 8 gol berbalas 3 hingga tamat perlawanan. Pemain ini turut dijulang sebagai penjaring terbanyak sepanjang kejohanan.

Dalam satu lagi perlawanan penentuan merebut tempat ketiga, Pasukan Zon Tengah turut mempamerkan kehebatan para pemain apabila berjaya menundukkan pasukan Zon Utara dengan jaringan 8 berbalas 2. Joy Hannah William dan Alia Eryna masing-masing mendapat anugerah selaku penjaring terbanyak dan pertahanan terbaik.

Dengan kemenangan itu, pasukan Zon Timur dinobatkan sebagai Johan, Naib Johan disandang oleh Zon Kinabalu dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Zon Tengah.

Penjaring terbanyak sepanjang kejohanan dimenangi oleh Jianiyen Jamary ( Zon Timur ) bersama Joy Hannah William ( Zon Tengah ) manakala pertahanan terbaik diberikan kepada Ashreen Ei Rene Raylos ( Zon Timur )  dan Alia Eryna ( Zon Tengah ). Ke semua mereka sekaligus menjadi wakil daerah ke peringkat negeri.

Tempat Ketiga.. Zon Tengah

Piala dan sijil telah disampaikan oleh Suzina@ Naurah Lujin, Penolong Kanan Kokurikulum SK. Kituntul.

Terdahulu sebelum kejohanan dimulakan wakil Guru Besar, Runan Kumpit ( Penolong Kanan Kokurikulum SK. Badukan ), dalam ucapan aluannya mengucapkan syabas kepada semua pemain yang telah berjaya mewakili zon masing-masing. 

Katanya, antara matlamat pertandingan adalah untuk menilai penguasaan dan kemahiran permainan dalam kalangan pelajar sekolah khususnya pelajar sekolah rendah, pengelolaan yang berkonsepkan kesederhanaan, berkualiti dan meriah dan memilih pemain untuk mewakili Daerah Ranau ke peringkat negeri dan seterusnya peringkat kebangsaan. Beliau turut mengucapkan terimakasih kepada Pengetua SMK Ranau kerana telah memberi kebenaran kepada pihak pengelola ( SK. Badukan ) menggunakan Dewan SMK. Ranau dalam Kejohanan tersebut dengan kelengkapan yang diperlukan.

Beliau juga memaklumkan bahawa kejohanan peringkat negeri yang akan dikelolakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan akan berlangsung pada 1 & 2 Ogos ini. Sebagai persediaan, selepas kejohanan ini semua pemain daerah akan memulakan latihan pusat pada 4.7.2022. Vanue latihan akan dimaklumkan kemudian.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN