ADVERTISEMENTspot_img

Zara Qairina didakwa curi sehari sebelum ditemui tidak sedarkan diri.

Gambar hiasan


KOTA KINABALU: Sehari sebelum ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang, pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, didakwa mencuri wang milik seorang rakan asrama.

Mangsa turut dipercayai dipanggil menghadiri satu perjumpaan haram dikenali sebagai ‘MA’, selepas tuduhan tersebut disampaikan kepada pelajar senior tingkatan empat sekitar jam 8 malam pada 15 Julai lalu.

Menurut keterangan inkues yang dilaporkan media, pengawal keselamatan asrama, Linah Mansoding @ Jaliha, 65, menerima aduan daripada seorang pelajar perempuan mengenai kehilangan wang tunai RM300 serta kad bank pada malam kejadian.

Pelajar berkenaan menuduh Zara sebagai individu yang mengambil wang itu, sebelum perkara tersebut diserahkan kepada pelajar senior untuk tindakan lanjut.

Linah, yang merupakan saksi keenam dalam prosiding inkues, berkata Zara kemudiannya dipanggil oleh pelajar senior selepas aduan dibuat.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN