30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Wiramuda STARSABAH sokong usaha kerajaan lancar sistem CMFS bantu pesawah: Kong

Gambar – Kong Soon Choi

RANAU: Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (Star) menyokong usaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melancarkan Sistem Pengurusan Perladangan Berpusat (CMFS) yang berkerjasama dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sabah dengan syarikat swasta untuk membantu pesawah meningkatkan keluaran padi yang lebih berkualiti di negeri ini.

Ketuanya, Kong Soon Choi dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, usaha KPKM itu akan memberikan impak positif dalam pengeluaran padi yang lebih berkualiti tinggi dan mampu membantu para pesawah mendalami sistem penanaman padi yang berdaya saing untuk pasaran.

“Kita berharap para pesawah di negeri ini mengambil peluang untuk mendalami ilmu yang lebih sistematik dalam penanaman padi agar keluaran produk beras tempatan berkualiti tinggi yang seterusnya menjana ekonomi pesawah lebih stabil”. Katanya.

Dalam masa sama, Kong turut berharap agar sistem penanaman padi yang diusahakan secara tradisional dikebanyakan daerah beralih kepada sistem moden yang memenuhi konsep Inovasi Nasional Keterjaminan Agromakanan Rakyat (PINTAR).

Katanya, selaras dengan usaha itu, para pesawah perlu dibekalkan dengan peralatan penanaman dan penuaian padi yang lebih moden dengan menggunakan jentera yang sesuai tanpa bergantung dengan teknik tradisional yang membebankan mereka.

“Teknik tradisional yang diamalkan para pesawah ketika ini menyekat mereka untuk menjadikan sawah padi sebagai suatu perniagaan kerana hanya menumpuhkan untuk tanaman persendirian sahaja. Tetapi jika dibekalkan dengan peralatan moden yang berteknologi tinggi, mereka sudah tentu dapat mengerjakan sawah padi yang lebih luas untuk pasaran perniagaan”. Jelasnya.

Pada Rabu lepas, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup telah melancarkan Sistem Pengurusan Perladangan Berpusat (CMFS) yang merupakan program rintis pertama hasil kerjasama di antara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sabah dengan syarikat swasta Agriculture Chemicals Sdn Bhd dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Keningau.

Beliau menyifatkan inovasi CMFS adalah selari dengan hasrat KPKM untuk membudayakan konsep Inovasi Nasional Keterjaminan Agromakanan Rakyat (PINTAR) dan berharap agar lebih banyak lagi inovasi akan diwujudkan bagi memastikan peningkatan produktiviti dan kelestarian sektor agromakanan negara bergerak seiring dengan keperluan semasa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN