30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Wiramuda STAR turut berperanan bantu kerajaan beri penerangan ancaman Covid-19

TERIMA KASIH….Salah seorang peniaga di tapak Tamu Sabtu Ranau ( kiri) menerima risalah disampaikan Kong Soon Choi.

RANAU: Exco Wiramuda  parti Solidariti Tanah Airku (STAR), akan terus bergerak aktif membantu kerajaan menyedarkan masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan diri agar tidak dijangkiti Covid-19 yang kini masih belum berakhir berada dikalangan komuniti.

Ketua Exco Wiramuda Star Negeri Sabah,  Kong Soon Choi berkata, Wiramuda bukan sahaja berperanan sebagai pemimpin pelapis  membantu memantapkan parti, malah berperanan penting dalam membantu kerajaan memberi penerangan  terhadap usaha-usaha menjaga kesihatan diri dikalangan masyarakat tanpa mengira suku kaum, agama dan latarbelakang politik untuk mengekang jangkitan covid-19.

“Justeru kita sebagai Exco Wiramuda berasa terpanggil untuk membantu masyarakat dengan memberi sumbangan keperluan peralatan kepada mereka  seperti alat Pelitup Separuh muka (facemask), faceshield dan risalah”, jelas Kong ketika ditemui semasa mengetuai 12 orang ahli Exconya sempena program Walkabout pergerakan Exco Wiramuda Star Sabah sambil mengagih-agihkan  peralatan  kepada orang ramai di tapak Tamu Sabtu terletak Satu kilometer dari pekan Ranau pagi tadi.

Menurutnya, meskipun sekarang sudah beraleh  kepada Endemik, namun pematuhan SOP seperti pemakaian Pelitup Separuh Muka, mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurang satu meter antara individu, sering membasuh tangan dengan sabun pembunuh kuman dan menyukat suhu atau mengimbas aplikasi Mysejahtera masih perlu dipatuhi.

“Meskipun kita sekarang fasa peralihan ke Endemik namun, SOP masih perlu diamalkan memandangkan kes Covid-19 masih tidak menentu di peringkat global.

” Dengan sebab itu, program seperti yang diadakan pagi ini, kita akan teruskan dari masa ke semasa mengikut keutamaan dan keperluan bukan sahaja di Ranau tetapi di daerah-daerah lain di Sabah”, tambah Kong.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN