25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

WE LEAD” prinsip kerja Pengetua SMK Labuan 2021

ISMAIL… bersama barisan pentadbir SMK Labuan 2021.

LABUAN: Setiap pemimpin perlu mempunyai prinsip kerja supaya kepimpinan sesebuah organisasi itu difahami dengan jelas oleh semua warga kerjanya.

Ini akan memudahkan pengoperasian organisasi dan pencapaian matlamat atau sasaran keberhasilan yang ditetapkan.

Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah telah menghuraikan Prinsip Kerja “WE LEAD” kepada guru-guru SMK Labuan semasa Mesyuarat Profesional Guru SMK Labuan Bilangan 1 Tahun 2021 melalui medium google meet.

Ismail Abdullah

WE LEAD adalah akronim Willingness, Efficient, Lead, Ethics, Apace dan Data & Documentation.

WILLINGNESS bermaksud bersedia dan bersemangat.  Bersedia boleh direalisasikan dengan membuat perancangan taktikal, pelan operasi, Rancangan Pengajaran Harian (RPH), serta sentiasa bersemangat memulakan dan melaksanakan tugas.

EFFICIENT bermaksud cekap, berkebolehan, dipercayai dan diyakini. Pengurusan mesti cekap dan kecekapan tersebut boleh dilatih dan ditingkatkan melalui Latihan Dalam perkhidmatan (LDP) serta pengalaman harian.

LEAD bermaksud memimpin, membimbing, memberi inspirasi, memotivasi, membantu dan menghargai.  Contohnya membimbing Senior Leader Team (SLT), Middle Leader Team (MLT), memberi inspirasi kepada semua guru dan staf, memotivasi dan menghargai semua warga sekolah.

ETHICS bermaksud integriti, nilai murni, peraturan dan professional. Setiap warga SMK Labuan mesti faham dan patuh kepada tata tertib, peraturan perbelanjaan serta proses kenaikan pangkat yang telus dan mengikut peraturan.

APACE bermaksud pantas, cepat dan segera. Kepantasan ini perlu dalam membuat keputusan penting dan memberi maklumbalas yang diperlukan oleh pemimpin.

DATA DRIVEN & DOCUMENTATION bermaksud setiap tindakan dan keputusan mesti berdasarkan fakta dan data. Antaranya data kewangan, data enrolmen, APDM, EMIS, HRMIS, eOperasi serta pelaporan dan dokumentasi.

Kata ismail, prinsip kerja ini amat penting apatah lagi dalam pengoperasian sekolah dalam norma baharu.

“Perubahan-perubahan SOP dan penambahbaikan yang perlu dibuat dari semasa ke semasa memerlukan keputusan-keputusan yang tepat agar sekolah dapat beroperasi dengan lancar serta murid-murid dapat mengikuti pembelajaran dengan teratur.

“Semoga amalan prinsip kerja ini akan memandu semua warga sekolah memainkan peranan masing-masing dan memastikan SMK Labuan dapat mengharungi cabaran-cabaran situasi semasa dengan teratur dan sistematik,”katanya.

Ismail berkata antara cabaran yang besar ialah pengurusan peperiksaan awam SPM dan STPM (22 Februari hingga 12 April) serta persekolahan Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 yang akan bermula pada 5 April 2021.

SMK Labuan diterajui oleh Ismail Abdullah (Pengetua), Zalina Zunkepely (Penolong Kanan Pentadbiran), Jamaliah Razali (Penolong Kanan HEM), Cheah Teong Aik (Penolong Kanan Kokurikulum), Kitli Beka (Penolong Kanan Petang) dan Saminan Sabtu (Penolong Kanan Pusat Tingkatan Enam),

Pada ketika ini, SMK Labuan mempunyai 125 orang guru, 15 staf dan 2, 019 murid.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN