24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

WATER POWER VT MUNCUL JUARA KEJOHANAN SANTAI BOLA TAMPAR WANITA

JUARA..Water Power (depan) dan NAIB JOHAN, ARVT (belakang) dalam perlawanan akhir

RANAU: Pasukan Water Power VT muncul juara Kejohanan Santai Bola Tampar Wanita yang berlangsung di Gelanggang Bola Tampar Kampung Mininsalu Baru, baru-baru ini.

Dalam kejohanan tersebut, sungguhpun keadaan cuaca hujan ketika perlawanan berlangsung namun semua pasukan yang berjaya ke peringkat akhir merebut tempat pertama, kedua dan ketiga tetap bersemangat untuk meneruskan permainan.

Di peringkat akhir perlawanan, pasukan Water Power VT muncul juara apabila berjaya menewaskan pasukan Ardini Ramzi VT (ARVT) pada kedua-dua set dengan mata kemenangan 25-12 dan 25-11. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Paka VT yang berjaya menewaskan pasukan KISORA VT.

Hadiah disampaikan oleh Pengerusi JPKK Kampung Mininsalu Baru, Kuiki Gimbur.

Menurut Pengerusi Penganjur, Mira Bern, kejohanan tersebut merupakan anjuran Game Santai VB Club, permuafakatan wanita dari tiga buah kampung iaitu Kampung Karanaan, Kampung Tungou dan Kampung Gana-Gana yang bertujuan memberi peluang kepada peminat sukan bola tampar di daerah ini beriadah melalui permainan santai untuk mengeratkan silaturahim.

“Selain itu, ia juga merupakan satu platform untuk kami memperbaiki kemahiran bola tampar. Di samping mencungkil bakat ia juga salah satu cara mendedahkan para remaja dalam pertandingan sebenar kelak,” jelasnya.

Para pasukan yang terlibat menyertai kejohanan itu ialah dari Kampung Karanaan, Tungou, Kigiuk, Lipasu, Mininsalu Baru, Longut Baru, Marakau dan Paka Dua. Manakala pemain termuda berumur 13 tahun yang menyertai pertandingan itu ialah adik Sahidah Sazilin, Afiah Azman dan Lestari Jainudin dari pasukan ARVT.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN