MELAPAH…. Rozman (kiri) melapah daging korban sambil dibantu oleh Noor Halim sebagi tanda simbolik Majlis Ibadah Korban Parti Warisan (Sabah) Bahagian Labuan, di kediaman Rozman, pada Sabtu.
LABUAN: Parti Warisan (Sabah) Bahagian Labuan menyembelih sebanyak tujuh ekor lembu dan seekor kerbau bagi ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha 2020 yang diadakan perkarangan kediaman beliau di Jalan Tenaga, di sini, pada Sabtu.
Program yang bermula seawal jam 8 pagi itu turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Parti Warisan (Sabah) Bahagian Labuan, Datuk Rozman Isli dan Timbalan Ketua Bahagian, Noor Halim Datuk Zaini serta para kepimpinan parti itu.
Sepanjang pelaksanaannya, jawatankuasa pelaksana yang terdiri daripada ahli ahli Warisan Labuan turut mematuhi arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi mengelak wabak COVID-19.
Rozman yang juga Ahli Parlimen Labuan menzahirkan rasa syukur, walaupun ibadah korban tahun ini terpaksa mematuhi Prosedur Operasi Standart (SOP) bagi mencegah penularan COVID 19, namun ia bukanlah penghalang untuk ahli-ahlinya terus melaksanakan kerja-kerja ibadah korban sehingga selesai.