ADVERTISEMENTspot_img

WARISAN  JEMPANGAH MULA AKTIFKN PDM 

William (duduk dua dari kanan) bersama Abdullah (duduk tiga dari kanan), Jinan (tiga dari kiri) dan Rynnalto dalam perjumpaan itu.


 
BEAUFORT:: Parti Warisan Kampung Jempangah di sini sudah mengaktifkan Pusat Daerah Mengundinya untuk memastikan ahli dan penyokong parti itu keluar mengundi dalam Pilahan Raya Negeri yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang akan mengadakan mesyuarat khas pada Rabu depan (16 Okt 2025).
 
Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) kawasan itu,Rynnalto Elsther Peter mengalu-alukan kehadiran bekas Penyelaras Parti Keadilan Rakyat (PKR) DUN Klias, Abdullah Okin ke dalam parti itu.
 
“Sebagai pemimpin yang berpengalaman, kemasukkan Abdullah ke dalam Warisan akan dapat memberikan saingan dalam PRN ke-17 di DUN Klias nanti,”katanya dalam majlis perjumpaan dan suai kenal dengan Abdullah.
 
Sementara itu Timbalan Ketua Penyelaras Warisan DUN Klias, William Fong berkata PDM itu mula menggerakan jenteranya bermula kelmarin untuk membolehkan parti itu bergerak lebih awal mendekati pengundi dan rakyat di PDM itu.
 
Berucap dalam perjumpaan dengan ahli dan penyokog parti itu di sini, William menggesa setiap ahli mendekati rakyat terutama pengundi dan menerangkan dengan jelas misi dan visi perjuangan parti.
 
‘’Kita tidak boleh memandang remeh parti-parti lawan terutama kerajaan memerintah sekarang sebaliknya terus memberikan penerangan kepada rakyat di kawasan itu mtlamat perjuangan parti Warisan untuk rakyat dan negeri ini,”katanya pada majlis yang turut dihadiri oleh Ketua Penerangan, Jinan Citra serta AJK Penyelaras Warisan Klias.
 
“Tapislah segala tohmahan yang disuarakan oleh parti-parti lawan dengan berhemah bersandarkan slogan Selamatkan Sabah dari terus dipimpin oleh kerajaan sekarang dan parti-parti dari luar negeri ini,”tegasnya.
 
“Tidak ada isu yang lebih besar dan wajib diperjuangkan selain rakyat Sabah wajib menyokong dan memperjuangkan parti tempatan yang lebih mengetahui tentang masalah dan keperluan rakyat di negeri ini,”tambah William.
 
Dalam hubungan ini kata William seperti yang sering ditegaskan oleh Presiden Parti Warisan, parti ini akan bertanding solo dan tidak akan bersekongkol dengan parti-parti Malaya.
 
Abdullah yang turut berucap pada perjumpaan itu berterima kasih kepada PDM Jemapangah kerana sudi menerima beliau dan rombongan biar pun baharu menyertai Warisan dengan berlapang dada dan berharap mereka terus bekerja keras untuk memastikan siapa juga calon Warisan  yang dipilih menang dalam pilihan raya kali ini.
 
“Kita tidak mempunyai pilihan lain selain dari memenangkan parti Warisan yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin Sabah yang berpengalaman dan mampu mengurus dan mentadbir negeri ini dengan lebih baik lagi,” katanya.
 
Beliau berkata sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah bersatu memberikan sokongan kepada parti tempatan tulen yang tidak bekerjasama dengan parti dari seberang agar pemimpin Warisan dapat memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah dengan lebih berkesan lagi.
 
Turut hadir pada perjumpaan itu mantan-mantan AJK Cabang PKR Beaufort,Mantan Naib Ketua Wanita dan AJK-AJKnya dan hampir keseluruhan Ahli Muda Keadilan (AMK) Cabang Beaufort.
 

 


 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN