31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 14, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Warisan Dilanda Krisis Kepimpinan: Bung Moktar

KOTA -KINABALU: Tuduhan beberapa pemimpin parti Warisan Sabah yang mendakwa ada gerak kerja yang dilakukan oleh UMNO untuk menjatuhkan kerajaan Warisan merupakan retorik semata-mata.

Ketua Umno Sabah Dato’ Sri Bung Moktar Radin (Gambar kecil )berkata sebaliknya apa yang berlaku Warisan menghadapi krisis kepercayaan dan pepecahan dalam parti .

“Parti Warisan Sabah (Warisan) perlu sedar bahawa kerajaan yang ditubuhkan mereka secara pintu belakang tidak pernah kukuh sejak dari awal lagi” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri yang juga Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Sahfie Apdal yang mendakwa UMNO dan Tan Sri Musa Haji Aman sedang membeli wakil untuk menukar kerajaan Warisan.

Menurut Bung lagi disebabkan kekalutan dalam pentadbiran kerajaan Warisan ditambah lagi Sahfie dibarisi kabinet dan pemimpin yang mengamalkan sindrom penafian kurang bekerja untuk rakyat menjadi punca kerajaan Warisan “goyang” yang tiada kena mengena dengan dakwaan yang UMNO sedang melakukan gerak kerja untuk merampas kuasa daripada kerajaan yang asalnya dari belakang.

“Senario kekalutan parti Warisan amat jelas dilihat di mana rakyat semakin di tindas, kebajikan mereka terabai dan semakin parah di bawah kepimpinan Warisan sebagai contoh Sahfie sendiri terpaksa memohon maaf mengenai agihan bantuan Covid-19 dari kerajaan negeri dimana masih ramai rakyat Sabah belum memperolehinya”katanya

Menurutnya, kelemahan itulah yang menjadikan wakil rakyat kini terpaksa memilih jalan lain untuk memastikan mereka dapat membela kebajikan rakyat di kawasan masing-masing selepas terabai di bawah Warisan.

“Hakikatnya ahli Yang Berhormat yang menyokong beliau mencari jalan yang terbaik untuk membela rakyat dan ternyata UMNO dan BN adalah wadah terbaik bagi membela nasib rakyat, ini telah terbukti sebelum ini sepanjang UMNO BN memerintah,” jelas beliau.

Sehubungan itu katanya, UMNO sentiasa menyokong jika ada mana-mana pemimpin Warisan yang mengubah haluan politik kerana hanya itu caranya meneruskan agenda membela nasib rakyat

“Parti warisan perlu perbaiki diri dan cermin diri dahulu sebelum menuding jari kepada parti lain,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN