SOKONGAN…Mohd Shaid Othman bersama pemimpin Warisan dan anak muda Dun Klias.
BEAUFORT: Warisan Bahagian Klias bertekad akan melaksanakan berbagai pembangunan khusus untuk golongan belia jika terpilih membentuk kerajaan selepas pilihan raya hujung bulan ini.
Calon Warisan Mohd Shaid Othman berkata pembangunan golongan belia akan diberikan fokus kerana mereka perlu diberikan pendedahan sebelum menjadi pemimpin pelapis di daerah ini
Mohd Shaid yang juga mantan Pegawai Daerah Beaufort berkata demikian semasa berucap pada Majlis Santai bersama penyokong Warisan di sini pada Ahad.
Katanya, selain menyediakan keperluan asas belia dan beliawanis beliau juga akan mempastikan agar Kompleks Sukan Beaufort akan dinaiktaraf untuk menyediakan pelbagai kemudahan kepada mereka.
“ Kita juga akan memberikan tumpuan usaha-usaha mengwujudkan poo eluang pekerjaan untuk mengatasi masalah pengangguran bukan sahaja di daerah ini malah di negeri ini,” tambahnya.
Mohd Shaid juga berkata beliau juga akan mengwujudkan industri hiliran seperti mewujudkan kilang-kilang minyak masak dari sawit kerana di daerah ini terdapat dua kilang kelapa sawit yang memproses minyak sawit mentah.
“Jika usaha ini dapat direalasikan sudah tentu akan dapat membuka ratusan peluang pekerjaan dan dapat menyeimbangkan harga minyak masak di daerah ini dan Sabah amnya.
Fokus seterusnya kata Mohd Shaid ialah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Menangani masalah setinggan yang terdapat di tanah-tanah milik kerajaan, milik perseorangan dan rizab kerajaan setempat yang lebih teratur dan sistematik.
Beliau juga berhasrat menghidupkan semula mana-mana festival yang telah pun dimasukkan dalam kalendar pelancongan untuk daerah ini.
Disamping itu beliau juga akan menyediakan tapak perniagaan yang khusus untuk golongan belia dan beliawanis,kaum ibu,peniaga kecil seperti pasar malam dan tapak perniagaan yang lebih terancang dan teratur.
Fokus lain kata beliau menjadikan daerah hab pendidikan yang berimpak tinggi untuk menlahirkan modal insan yang lebih berprestij dan lebih bersedia untuk berhadapan dengan cabaran dari aspek ekonomi, social dan pembangunan fizikal.
Katanya kemudahan Kesihatan juga perlu diberi keutamaan seperti pembinaan klinik-klinik luar bandar,hospital pakar yang tertangguh supaya dapat diteruskan dan disiapkan mengikut jadual dengan segera.
Perancangan lain jatanya menyediakan kemudahan seperti homestay terutama sekali kepada mereka yang menjaga pesakit di hospital dan meminta pihak Yayasan Sabah untuk menyediakan melalui Tanggunjawab Sosial Masyarakat (CSR) dan tanggungjawab social kepada Masyarakat setempat dan lain-lain kemudahan untuk keperluan di daerah ini yang sangat diperlukan.
Mohd Shaid juga berkata beliau akan menyuarakan keperluan hasil kajian pihak Petronas yang telah membuat kajian dalam kawasan Semananjung Klias, sekiranya terdapat hasil yang memberansangkan dan meminta pihak yang berkenaan meneruskan pemprosesan minyak di daratan dengan tujuan untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi di daerah ini.
Hadir sama Ketua Penyelaras Warisan Dun Klias Adeli Abat,Timbalan Ketua Penyelaras William Fong dan Ketua Wanita Warisan Dun Klias Masrah Mohammad.



