26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Warga Sekolah SK Binaong rakam penghargaan kepada Robert Tawik

Beginilah keadaan pintu gerbang SK Binaong sekarang.

KENINGAU:Warga Sekolah Kebangsaan (SK)Binaong merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik yang menghulurkan sumbangan pembinaan pintu gerbang sekolah itu.

Guru Besar sekolah itu Puan Haini Hj Suparno berkata, pembinaan pintu gerbang sekolah itu sudah siap sepenuhnya baru-baru ini.

Katanya, pintu gerbang yang sudah sekian lama diinginkan oleh warga sekolah kini telah  direalisasikan atas  sumbangan Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya.

Haini….Warga sekolah ucapkan terima kasih kepada Robert.

“Sumbangan ini amat berharga kepada warga sekolah kerana merupa mercu tanda selaian menamabah keceriaan sekolah” katanya.

Haini berkata, sumbangan ini sudah tentu dihargai oleh warga sekolah dan ibu bapa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN