26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, September 13, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

WARGA RANAU DISARAN DAPATKAN SUNTIKAN VAKSIN, CEGAH COVID-19

Sumber: Waideh Laumin

OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Warga daerah ini disaran menyahut seruan kerajaan untuk tampil mendapatkan suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19.

Saranan itu disuarakan mantan Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Haji Amri Haji Suratman (gambar), ketika ditemui selepas selasai mendapatkan suntikan vaksin dos pertama di Hospital Ranau, baru-baru ini.

Beliau berkata, pengambilan vaksin adalah penting dan satu langkah pencegahan bagi menghalang penularan penyakit atau wabak seperti Covid-19 yang kini semakin parah dan boleh menjejaskan populasi manusia,

Amri yang hadir bersama isteri untuk menerima vaksinasi berkata,  suntikan vaksin terhadap Covid-19 itu membolehkan beliau melindungi diri dan keluarganya.

“Selain daripada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagai langkah pencegahan, satu-satunya harapan kita untuk kembali kepada tahap wabak yang terkawal adalah melalui program vaksinasi.

“Saya juga menyeru kepada orang ramai, khusunya penduduk Ranau agar tidak mudah percaya dengan khabar-khabar angin yang ditularkan tentang kesan buruk suntikan vaksin ini.

“Alhamdullilah, saya sudah selasai menerima suntikan vaksin dos pertama, dan tidak merasa sebarang kesakitan atau kesan sampingan yang tidak baik,” jelas beliau.

Justeru, beliau merayu kepada orang ramai yang belum mendaftar sebagai penerima suntikan supaya mendaftar dengan segera melalui aplikasi Mysejahtera.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN