SIJIL…. DSP Mohd Ibrahim terima Pesuruhjaya Polis Sabah yang disampaikan oleh Ahmad Jawila
LABUAN: Warga Polis dan masyarakat di pulau ini disaran untuk terus berganding bahu untuk mengekang penularan virus COVID 19 semasa fasa endemik.
Ketua Polis Daerah Labuan, Superitendan Ahmad Jawila berkata, seluruh warga Polis dan masyarakat Labuan perlu berganding bahu dan bersama-sama dalam memastikan jangkitan virus COVID 19 tidak menular dikalangan penduduk Labuan
“Justeru itu, di era menuju endamik ini saya menyeru kepada seluruh warga polis dan masyarakat Labuan supaya terus berganding bahu dalam memastikan jangkitan Virus COVID 19 tidak menular.
“Kesannya amat medalam kepada umat manusia kerana berdepan dengan penyakit yang boleh membawa kehilangan orang yang tersayang” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Hari Peringatan Polis ke 215 peringkat Labuan diperkarangan IPD Labuan, pada Rabu lepas.
Beliau juga turut merakamkan penghargaan kepada seluruh ketua-ketua masyarakat, ketua ketua jabatan kerajaan dan swasta yang sentiasa memberikan kerjasama kepada PDRM terutamanya dalam aktiviti pencegahan jenayah serta perkara-perkara lain yang diperlukan oleh pihak polis” katanya.
Pada majlis itu, Ahmad turut menyampaikan sijil penghargaan daripada Pesuruh jaya Polis Sabah kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Labuan, DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani.
Hadir sama pada majlis itu, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Ismail dan pemimpin masyarakat setempat yang terdiri Majlis Perwakilan Penduduk dan Ketua Ketua Kampung.



