30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Warga pendidik diajak bina satu pasukan mantap dan kukuh untuk capai sasaran ditetapkan.

“Tahun 2020 JPN Sabah meletakkan 40 Key Perfomance Indicitor (KPI) merangkumi bidang Iktisas dan Pengurusan Pentadbiran yang perlu dicapai”

Dr.Mistrine Radin-

OLEH: SALWAH ARAMAT

RANAU: Warga pendidik di negeri ini diajak membina satu pasukan yang mantap dan kukuh untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan bagi menyampaikan perkhidmatan berimpak tinggi, berintegriti dan saling membantu.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Dr. Mistrine Radin berkata, keperluan itu adalah demi mencapai Aspirasi Sistem dan Aspirasi Murid untuk kejayaan anak-anak Malaysia di negeri Sabah.

Dr. Mistirine (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Siti Hamni selaku salah seorang pembentang.

Beliau mengharapakan semua pihak samada di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) hingga ke sekolah terus kekal memberikan keutamaan dan bertanggunjawab sepenuhnya terhadap pelaksaan semua dasar dan inisiatif pendidikan.

“Ini penting supaya sasaran untuk memacu peningkatan sistem pendidikan dalam Gelombang 2 PPPM 2013-2025 dapat direalisasikan dengan tumpuan utama berkaitan iktisas dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid (HEM),” katanya.

“Tahun 2020 JPN Sabah meletakkan 40 Key Perfomance Indicator (KPI) merangkumi bidang Iktisas dan Pengurusan Pentadbiran yang perlu dicapai iaitu di peringkat sekolah tumpuan diberikan dalam bidang iktisas (Korikulum, Kokurikulum dan HEM),” katanya.

Dr. Mistirine menyampaikan cenderahati kepada Samsul selepas memberi taklimat.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Program Bicara Profesional Awal Tahun, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 2020 di Dewan Masyarakat Ranau, baru-baru ini yang dihadiri lebih 200 warga pendidik (Pentadbir Sekolah) dari daerah Kota Belud, Tongod Telupid dan Ranau selaku tuan rumah pelaksana.

Menyentuh prestasi akademik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019, Dr.Mistrine menjelaskan seramai 43,196 calon telah menduduki peperiksaan UPSR pada 2019 telah berjaya mencapai 58.33 peratus (25,196 orang) Menguasi Tahap Minimum (MTM) meningkat sebanyak 4.72 peratus berbanding dengan pencapaian MTM UPSR 2018 iaitu 53.61 peratus.

“JPPN Sabah Berjaya mengurangkan jumlah calon (E Belum Menguasai Tahap Minimum) iaitu 1.92 peratus berbanding 2.34 peratus pada tahun 2018 yang mana berlaku pengecilan sebanyak 0.42 peratus.

“Peningkatan juga berlaku kepada murid-murid yang mendapat semua A iaitu sebanyak 292 orang (0,77 peratus) pada tahun 2019 berbanding 59 orang (0.69 peratus) pada tahun 2018,” jelasnya.

Dr.Mistirine seterusnya mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan JPNS khususnya kepada semua sekolah yang telah Berjaya meningkatkan prestasi akademik khususnya dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 sambil mengharapkan kepada semua PPD dan sekolah terus melaksanakan intervnsi yang lebih mantap dan efektif untuk peningkatan pada tahun 2020.

Beliau juga memuji komitmen Jawatankuasa pelaksana, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Ranau serta semua sektor yang turut sama menjayakan program Bicara Profesional Pengarah JPN Sabah tahun ini.

Para pendidik merakam gambar kenangan bersama Dr. Mistirine (duduk tengah) dan para jemputan yang hadir.

Sempena program itu, turut diadakan ialah ialah taklimat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang disampaikan Timbalan Pengarah SPRM, Samsul Baharam Bin Bungso, Pembentangan Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD JPN Sabah oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Perancangan PPD JPNS, Siti Hamni Binti Hashim, Pembentangan Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sabah oleh Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan, Mohd. Zaini Bin Yanin seterusnya Pembentangan Sektor Pembelajaran JPN Sabah oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Haji Abidin Bin Marjan.

Majlis berakhir dengan upacara gimik Pelancaran Projek Inovasi PPD Ranau, PPD Kota Belud dan PPD Telupid yang disempurnakan Dr.Mistrine.

Turut hadir, Pegawai Pendidkan Daerah (PPD) Ranau, Majus Munsing, PPD Kota Belud, Mohd. Fadzli Bin Rozan dan PPD Tongod Telupid, Mahanin Bin Othman. –TAMAT-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN