26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, November 7, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Warga PDRM diingatkan agar terus mendokong Visi dan Misi pasukan

SAKSI….DCP Datuk Mazli Bin Mazlan , ketika menandatangani dokumen sebagai saksi serah terima tugas Ketua Popis Ranau, di IPD Ranau, hari ini

RANAU: Warga Polis Di Raja Malaysia (PDRM) diingatkan agar terus mendokong Visi dan Misi pasukan itu kearah kecemerlangan bagi mengorak langkah yang lebih jelas kearah penyampaian perkhidmatan kepolisan moden yang bertaraf dunia.

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Mazli Bin Mazlan berkata, setiap Pegawai dan Anggota PDRM khasnya yang bertugas di Kontinjen Sabah perlu sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama diantara satu dengan yang lain agar perjuangan untuk mencapai Visi dan Misi pasukan tercapai dengan jayanya.

‘’Besar harapan saya agar semua Pegawai Kanan dan Anggota dapat memainkan peranan masing-masing secara seiringan dan menyokong antara satu sama lain dan meneruskan semangat ‘Esprit De Corp’’. Tegasnya selepas menyaksikan majlis tertutup menandatangani dokumen serah menyerah tugas jawatan Ketua Polis Daerah Ranau disini pada Rabu.

Dalam majlis ringkas itu, DSP Sammy Newton, Ketua Polis Daerah Ranau telah menyerahkan jawatannya kepada Pemangku DSP Simiun Lomudin sebagai Ketua Polis Daerah Ranau yang baru.

Menjelaskan lebih lanjut, Mazli turut berharap semua warga PDRM Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau dapat memberikan komitmen dan kerjasama serta berkerja dalam satu pasukan sebagai bersaudara dalam merelisasikan hasrat dan harapan Pucuk Pimpinan PDRM.

Katanya, legasi kepimpinan DSP Sammy Newton, bekas Ketua Polis Daerah Ranau perlu diteruskan oleh Pemangku DSP Simiun Lomudin yang telah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Ranau yang baru secara lebih profesional sesuai dengan kehendak semasa pasukan.

‘’Sebagai anak jati daerah Ranau, jangan sesekali terikut-ikut dengan faktor kekeluargaan dan persahabatan yang memang terjalin sekian lama. Perlaksanaan tugas dan undang-undang yang diamanahkan perlu dititikberatkan dan Tuan perlu membuktikan lebih kepada masyarakat disini bahawa Tuan seorang Pegawai Polis yang berkaliber, amanah, berdidekasi, berusaha gigih dan sentiasa ada bila masyarakat memerlukan bantuan dan perkhidmatan PDRM’’, jelasnya.

Majlis serah menyerah terima tugas jawatan Ketua Polis Daerah Ranau hanya berlangsung di dalam Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau dengan mematuhi sepenuhnya SOP yang diperketatkan berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sehingga 28 Jun 2021.

Mazli turut merakamkan ucapan terima kasih kepada DSP Sammy Newton atas kecemerlangan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Ranau sebelum ini. Katanya, beliau sependapat dengan Pesuruhjaya Polis Sabah bahawa penugasan Sammy selama ini telah berjaya memikul amanah sebagai Ketua Polis Daerah Ranau.

“Tuan memiliki pakej yang terbaik sebagai seorang Pegawai Kanan Polis. Kami percaya Tuan akan lebih berjaya di tempat baru kelak’’, katanya.

DSP Sammy Newton akan bertukar ke Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Empat Kota Kinabalu dengan menyandang jawatan Ketua Bahagian Kepolisan Am yang berkuatkuasa pada 21 Jun 2021.

Turut menandatangani dokumen serah menyerah tugas adalah jawatan Pengerusi PERKEP Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau iaitu Suzey Anak Micheal Lajam kepada Ermelyn Binti Kioh yang disaksikan oleh Datin Fadziah Binti Abdul Hamid, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN