26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Warga Labuan Rancang Pergerakan Ke Sabah Perlu Dapat Kebenaran Polis

Supt. Muhamad Farid Ahmad.

LABUAN: Rakyat Labuan yang merancang untuk melakukan pergerakan ke Sabah sama ada melalui udara, darat dan laut bagi sebarang urusan peribadi perlu mendapatkan dokumen bertulis perjalanan daripada balai polis berhampiran tempat tinggal masing-masing.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata, ia susulan pengumuman kerajaan melaksanakan Kawalan Rentas Daerah di seluruh Negeri Sabah berkuatkuasa 3 Oktober sehingga 16 Oktober 2020.

Beliau berkata, bagi perkhidmatan perlu seperti penghantaran bekalan makanan, perubatan, keselamatan dan keperluan yang berkaitan dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah ke negeri itu.

“Walau bagaimanapun, pergerakan kategori itu perlu membawa surat pengesahan arahan menjalankan tugas daripada majikan masing-masing dan perlu ditunjukkan kepada pihak berkuasa sekiranya diminta berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Justeru itu beliau menyeru masyarakat Labuan mengambil tanggungjawab bersama untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19 di pulau ini.

Dalam perkembangan yang sama, Muhamad Farid menjelaskan ketika ini pihaknya tidak akan melaksanakan Sekatan Jalan Raya (SJR).

“Sebaliknya pihak polis telah pun menempatkan anggota bertugas di pintu-pintu masuk seperti di terminal Lapangan Terbang Labuan sejak akhir September lalu untuk memastikan keadaan keselamatan penduduk terjamin dan terkawal,” katanya.

Tambahnya, pihak polis jiga akan membuat pemantauan 24 jam sehari di sepanjang pesisir pantai Labuan bagi mengekang kemasukan warganegara dan bukan warganegara yang cuba masuk ke pulau ini bagi mengelak diperiksa pihak berkuasa seperti Polis dan Jabatan Kesihatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN