27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

WARGA EMAS DILAPORKAN HILANG SEJAK 16 MAC LALU BELUM DITEMUI

GERAKAN SAR

RANAU: Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak 16 Mac lalu di Kampung Miruru, kini masuk hari keempat operasi.

Namun sehingga jam 4 petang tadi mangsa, Mikol Lapon, 68, masih gagal ditemui.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (KBBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib,  berkata pasukan penyelamat hari ini meneruskan pencarian di kawasan kaki bukit, sawah padi dan kawasan tadahan air.

“Usaha pencarian dianggarkan radius lapan hingga 10 kilometer dari lokasi terakhir dipercayai hilang.

“Operasi SAR ditangguhkan jam 4 petang tadi dan akan disambung esok” katanya kepada media.

Menurut Ridwan, operasi SAR melibatkan tiga anggota bomba, empat anggota polis, 11 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan RELA enam orang. SAR turut disertai penduduk kampung seramai 28 orang.

Dalam kejadian 16 Mac lalu, seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas keluar menoreh getah di Kampung Miruru.

Pada 21 Mac, keluarga mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau selepas usaha  mencari mangsa oleh penduduk kampung menemui jalan buntu.

ARTIKEL BERKAITAN ::https://www.borneodailybulletin.com/lelaki-warga-emas-dikhuatiri-hilang-selepas-keluar-menoreh-getah/

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN