Wanita warga emas berusia 98 tahun penerima tertua vaksin COVID-19 di PPV Papar

Wanita warga emas berusia 98 tahun penerima tertua vaksin COVID-19 di PPV Papar

22/07/2021 Off By Admin

PAPAR: Warga emas berusia 98 tahun antara 817 penerima vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Papar, di sini pada Isnin.

Warga emas tersebut Epah Hiew Wong (gambar), berasal dari Kampung Kuala Kimanis hadir dalam keadaan berkerusi roda diiringi oleh anaknya Tyar Want Kaur telah menarik perhatian petugas PPV. 

Tyar ketika ditemui berkata, ibunya tidak sabar menerima suntikan vaksin tersebut dan keadaannya adalah baik selepas menerima suntikan vaksin tersebut.

“Dia kelihatan bersemangat sebelum disuntik dan memberitahu berada dalam keadaan baik ketika di bawah pengawasan selepas menerima suntikan,” jelasnya.

Sementara itu bagi Epah, amalan pemakanan mengikut waktu, tidak terlalu makan makanan yang bergoreng, makan makanan sihat seperti sayur, biskut dan tidak makan terlalu besar antara rahsia untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. 

Sementara itu Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Papar, Dr. Siti Nurhaswanty Hamzah berkata, vaksin yang diterima oleh Epah adalah jenis Sinovac dan merupakan suntikan dos pertama.  

“Pada hari ini, kami sangat teruja apabila PPV menerima warga emas berusia 98 tahun untuk mendapatkan suntikan vaksin,” jelasnya.