24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Wanita warga China dan jurupandu Paragliding nyaris maut selepas terhempas.

Jurupandu terseliuh kaki kanan, manakala penumpang patah di bahagian paha kanan.

-Bomba Ranau-

Oleh: ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Seorang wanita warga China dan jurupandu paragliding tempatan nyaris maut selepas paraglide yang dinaiki mereka terhempas dari ketinggian 15 meter dekat Kompleks Sukan Ranau di sini pada petang Jumaat.

Dalam kejadian lebih kurang jam 2 petang itu, di kawasan Ranau Paragliding dekat Kg.Tanah Merah, jurupandu lelaki, Yusof Mamat, 48, terseliuh kaki kanan, manakala penumpang, Zhau Ting 28 tahun, patah di bahagian paha kanan.

JURUPANDU…cedera di kaki dan menerima bantuan kepasukan  Bomba.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, jabatannya dimaklumkan mengenai kejadian itu dari orang awam pada kira-kira jam 2.24 petang.

IKLAN ....ELYSYLE -Inner Snow Cap-

“BBP Ranau telah menggegaskan sebuah jentera dan kenderaan EMRS ke tempat kejadian bersama enam orang anggota yang diketuai oleh Pegawai Kanan Bomba II Wasli Bin Saupin.

“Ketika tiba di lokasi, kita mendapati kedua-dua mangsa dalam keadaan cedera. Kedua-duanya diberi rawatan kecemasan oleh unit EMRS sebelum dibawa ke atas sejauh empat kilometer ke jalan utama menggunakan kenderaan pacuan 4×4,” katanya.

MENAHAN SAKIT…Wanita warga China, Zhau Ting ketika menerima bantuan kecemasan.

Ridwan berkata kedua-dua mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Ranau menggunakan kenderaan EMRS dan ambulans untuk rawatan lanjut, dan operasi itu tamat pada 3.35 petang. –TAMAT

Ridwan Mohd Taib..Ketua BBP Ranau

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN