26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Oktober 31, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Wanita USIA Labuan santuni anak-anak Istimewa PDK Jalan Tenaga.

Rombongan Wanita USIA Bahagian bergambar kenangan dengan tenaga pengasuh anak anak istimewa PDK Jalan Tenaga.

LABUAN:Wanita USIA Bahagian Labuan menyantuni anak anak istimewa Pusat Dalam Komuniti (PDK) Jalan Tenaga, dekat sini, pada Selasa.

Rombongan setamai 11 orang yang terdirii daripada Ketua Wanita USIA peringkat cawangan itu diketuai oleh Ketua Wanita USIA Bahagian Labuan, Dg. Sharifah Haji Mahmod,

Turut sama Timbalan Ketua USIA Bahagian Labuan, Sahari Amdan.

Ketibaan rombongan Wanita USIA disambut mesra oleh Penyelia PDK Jalan Tenaga, Dayangku Norizah Pengiran Ali.

Dg Sharifah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak anak istimewa sambil diperhatikan Dayangku Norizah

Senentara itu, Dg. Sharifah berkata program lawatan kasih Ke PDK Jalan Tenaga merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun ini dan telah mendapat sokongan daripada USIA Bahagian.

“Selain menyantuni naluri anak anak istimewa, program ini juga bertujuan untuk menjalin hubungan silaturahim antara Wanita USIA dan warga PDK disamping memberi sokongan moral dan semangat kepada komuniti istimewa” , katanya.

Pada majlis itu, Wanita USIA Labuan turut menyampaikan sumbangan berupa goodies dan wang tunai kepada anak anak istimewa berkenaan.

Sumbangan goodies dan wang tunai merupakan inisiatif ketua ketua wanita peringkat cawangan dan AJK Wanita USIA Bahagian Labuan.

Tenaga.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN