ADVERTISEMENTspot_img

Wanita UPKO terkilan kuota UPKO diketepikan dalam pelantikan Ahli MPP Labuan

Hanisah

LABUAN: Wanita UPKO Bahagian Labuan menzahirkan rasa terkilan apabila kuota rasmi UPKO Labuan diketepikan dalam pelantikan jawatan utama Ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) bagi sesi 2025-2028.

Ketua Wanita UPKO Labuan, Hanisah Mohd Bani berkata, pihaknya merasa kecewa dan terkilan terhadap keputusan pelantikan baharu bagi sesi 2025-2028 yang dilihat telah mengenepikan kuota wakil rasmi dari parti UPKO sebuah parti komponen yang sah dalam kerajaan perpaduan.

Walaupun terdapat individu yang berstatus ahli UPKO dilantik dalam Jawatankuasa Kecil MPP, ia tidak boleh disamakan dengan pengiktirafan rasmi melalui kouta parti seperti yang telah diamalkan sebelum ini.

Beliau berkata,pelantikan ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh agenda Kerajaan MADANI yang menekankan prinsip keterangkuman, perpaduan, serta perwakilan yang mencerminkan kepelbagaian politik dan masyarakat setempat.

“Sebagai sebuah parti yang sentiasa mendukung dasar MADANI dan menyumbang kepada pembentukan Kerajaan Perpaduan, UPKO, khususnya WANITA UPKO Labuan, wajar diberikan ruang yang adil dan saksama dalam pelantikan ini.

“Kouta rasmi bukan sahaja mencerminkan pengiktirafan terhadap sumbangan parti, malah memastikan suara dan aspirasi rakyat — terutamanya wanita dan komuniti yang diwakili UPKO — terus didengari dan diwakili secara menyeluruh”, katanya.

Sehubungan itu, WANITA UPKO Labuan menggesa pihak berwajib, khususnya Kementerian Wilayah Persekutuan dan pentadbiran MPP, untuk menilai semula pelantikan MPP Labuan agar lebih inklusif dan benar-benar mencerminkan semangat Kerajaan Perpaduan;

Dalam waktu yang sama beliau mahu kuota rasmi UPKO dalam struktur MPP dikembalikan asmula sebagaimana amalan pelantikan terdahulu yang lebih adil dan seimbang.

“WANITA UPKO Labuan kekal komited untuk terus bekerjasama dalam membina Labuan yang progresif, inklusif dan harmoni, sejajar dengan prinsip-prinsip MADANI.

Namun demikian, katanya kerjasama ini mestilah dibina atas asas saling menghormati dan pengiktirafan menyeluruh terhadap setiap komponen dalam Kerajaan Perpaduan” , katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN