27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

wanita sertai Program SULAM ” Wanita & AI ” (Kecerdasan Buatan)

Gambar: Para peserta program bersama Prof Mafya Dr Mohd Hanafi (tengah).

LABUAN: Setamai 17 wanita daripada 14 buah kampung di sini menyertai Program SULAM ” Wanita & AI “(kecerdasan buatan) yang telah diadakan di Bilik Eureka Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) baru baru ini.

Program yang bertujuan untuk memperkasa wanita melalui pendedahan teknologi digital serta kecerdasan buatan itu dianjurkan oleh Pelajar Tahun Empat Teknologi Multimedia Fakulti Komputeran dan Infomatik (FKI), UMSKAL.

Sementara itu, majlis perasmiam disempurnakan oleh Pengarah Program, Prince Alexzander Antoh.

Ketika berucap beliau berkata, inisiatif itu menjadi platform penting bagi wanita meneroka potensi teknologi AI.

“Penguasaan AI bukan sahaja meningkatkan keyakinan digital, malah memperkukuh peranan wanita dalam ekosistem teknologi masa kini”, katanya.

Beliau turut menekankan bahawa SULAM merupakan pendekatan pembelajaran berasaskan servis yang memberi peluang kepada mahasiswa untuk menyumbang secara langsung kepada pembangunan komuniti setempat.

Antara pengisian program termasuk pembentangan modul AI merangkumi pengenalan asas, etika penggunaan AI, serta latihan aplikasi ChatGPT dan Canva bagi menghasilkan kandungan promosi produk.

Program turut diserikan dengan pameran produk keusahawanan oleh peserta, sekali gus memberi ruang untuk memperkenalkan hasil perniagaan mereka kepada umum.

Dalam pada itu, program SULAM “Wanita & AI” 2025 yang mendapat sokongan daripada Pensyarah Kursus Dalam Etika IT dan Komuniti, Iza Azura Ahmad Bahar berharap program tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti Labuan disamping menjadi pemangkin kepada peningkatan literasi digital dan pengukuhan pembangunan keusahawanan pada masa akan datang.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Dekan FKI Prof Madya Dr Mohd Hanafi Ahmad Hijazi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN