26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Oktober 22, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Wanita Maut Langgar Lari

LANGGAR LARI…. Mayat mangsa terbaring di atas jalan raya sebelum di hantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Labuan: Seorang wanita berumur 62 tahun yang dipercayai sedang melintas jalan, maut akibat dilanggar lari di jalan Kampung Bukit Kuda, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu mangsa yang dipercayai sedang melintas jalan berhampiran simpang Dewan Arena Bukit Kuda maut ditempat kejadian selepas dilanggar oleh sebuah kereta Proron Wira yang sedang dalam perjalanan dari arah Kampung Layang-Layangan menuju ke arah stesen Petronas Durian Tunjung melalui jalan Bukit Kuda.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata hasil siasatan awal polis kemalangan berlaku apabila pemandu seorang lelaki tempatan tidak dapat mengelak mangsa yang tiba-tiba melintas jalan raya berhampiran Dewan Arena Bukit Kuda.

“Petugas hospital Labuan yang tiba di lokasi kemalangan mengesahkan mangsa meninggal dunia” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini, kelmarin.
Sementara itu pemandu yang berumur 23 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sampel darah dan air kencing pemandu telah diambil untuk ujian dadah dan alkohol.

Katanya, kes disiasat di bawah Sweksyen 41(1) Akta Pengangkutran Jalan (JPJ) 1987.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN