Salmi menyampai cendera hati kepada Halizah pemerhati semasa persidangan Wanita Gagasan Rakyat Api Api.
KOTA KINABALU: Wanita Gagasan Rakyat Api Api akan menyokong siapa sahaja menjadi calon yang diputuskan oleh pucuk pimlinan parti.
Ketua Wanita Gagasan Rakyat Api Api, Salmi Sarinoh berkata Wanita Gagasan Rakyat Ali Api akan terus berdiri teguh di belakang keputusan parti.
Beliau berkata Wanita Gagasan Rakyat Api Api yakin calon yang dipilih walau daripada parti mana pun dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah individu yang terbaik untuk membawa suara rakyat dan memperjuangkan nasib
masyarakat dikawasan Dun Api Api.
“Kita mesti bijak menilai, terus fokus kepada kerja parti dan tidak melayan provokasi yang hanya bertujuan memecah-belahkan kesatuan kita. Ingatlah kekuatan kita bukan sahaja terletak pada bilangan tetapi pada kesetiaan, keikhlasan dan keteguhan pendirian kita dakam mempertahankan perjuangan parti.
“Saya menyeru agar jentera Wanita Gagasan Rakyat untuk memperkukuhkab kekuatan dalaman, menyusun langkah dengan lebih tersusun dan tampil berani di medan perjuangan. Demi memastikan kemenangan parti di Dun Api Api “, katanya.
Beliau berkata demikian semasa Persidangan Wanita dan Beliawanis Gagasan Rakyat Api Api di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Api Api Emmie Datuk Martin Idang berkata walaupun bahagian Api-Api bukan kerusi milik PGRS sekarang, ia tetap medan strategik untuk menyebarkan pengaruh dan dasar perjuangan parti kita kepada masyarakat bandar.
Jelasnya kehadiran dan gerak kerja kita di sini akan membantu memperkenalkan PGRS sebagai parti yang inklusif dan prihatin kepada semua golongan – bandar mahupun luar bandar.
“Bahagian Api-Api boleh berperanan sebagai “pusat penyebaran maklumat dan sokongan” bagi kawasan-kawasan lain. Ramai penduduk Kota Kinabalu yang bekerja dan menetap di Api-Api sebenarnya berasal dari daerah luar.
“Apabila kita mendekati mereka di bandar, secara tidak langsung kita turut mendekati keluarga dan kenalan mereka di kampung halaman. Sokongan yang kita pupuk di Api-Api boleh menjalar ke kawasan-kawasan lain di seluruh Sabah dan di situlah peranan kita sebagai agen penyampaian dan agen perubahan menjadi efektif dalam penyebaran maklumat, polisi serta inisiatif Kerajaan di bawah pimpinan YAB Presiden kita,” tegasnya.



