GONG XI FA CAIā¦..Antara anggota rombongan yang menjayakan Program Walkabout CNY di pekan Ranau
RANAU: Program ‘Walkabout’ sempena Tahun Baharu Cina (CNY) 2023 yang dilaksanakan Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, menjadi landasan meningkatkan hubungan persaudaraan, memupuk perpaduan dan keharmonian sedia terjalin antara pemimpin dengan rakyat pelbagai kaum, agama dan idologi politik Parlimen P.179 Ranau.
Demikian harapan dan objektif program itu yang diketuai Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Chong Pehing mewakili Ahli Parlimen P179 Ranau Datuk Jonathan Yasin, turut disertai anggota kepimpinan parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS)melibatkan parti STAR,
PBS dan SAPP serta para pemimpin masyarakat setempat pada Khamis.
Dalam program tahunan itu, melibatkan ratusan pemilik premis pekan Ranau telah dikunjungi sambil berkenal mesra seterusnya menerima kalender 2023 berserta ‘Angpau’ dan Limau Manderin yang disampaikan Menteri Kewangan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.37 Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun dan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri merangkap ADUN N.38 Paginatan, Datuk Abidin Madingkir.
Hadir sama menyertai program itu ialah, Ketua Bahagian SAPP Ranau, Japiril Suhaimin, Pengerusi Persatuan Hakka Ranau yang juga Presiden Dewan Perniagaan Tiong Hua Ranau, Datuk Jimmy Tham Yuk Leong, Datuk Amisah Yassin (ADUN Dilantik), Mantan Setiausaha Sulit Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Haji Faimin Kamin, PPM Paginatan Hisyamuddin Harun, PPM Karanaan, Rosdie Abd. Ghani, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.179 Ranau Benedict Gunda dan Staf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau serta Staf Komponen GRS Ranau.