33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Vaksinasi: Ranau merekodkan 63.52% penerima dos 1 dan 39.86% dos 2 setakat 24 Ogos

Walau berkerosi roda, Hakim Laha 64, tetap hadir melengkapkan suntikan dos kedua.

RANAU:  Pusat Pemberian Vaksin (PPV) daerah ini di Dewan Masyarakat Ranau, kini merekodkan 63.52 peratus penduduk telah menerima suntikan dos pertama  setakat 24 Ogos dan 39.86  peratus telah lengkap mendapat suntikan dos kedua daripada 78,200 penduduk yang layak diberikan suntikan vaksin untuk mengekang pandemik Covid-19 yang kini belum berakhir.

Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan daerah Ranau selaku Ketua Pegawai Penyelaras PPV itu, Dr.Edwaider Koimon ketika ditemui memberitahu,  jumlah penduduk yang punyai kesedaran terhadap pentingnya menerima vaksin  ada peningkatan dan memahami  bahawa vaksin tersebut adalah sebagai benteng diri, keluarga dan komuniti untuk melindungi diri daripada jangkitan Covid-19 yang memang sukar dilihat dengan mata kasar.

“Kita mengharapkan lebih ramai lagi yang tampil menerima suntika vaksin demi kebaikan semua pihak”, jelas Dr.Edwaider.

Tinjauan penulis ke PPV Dewan Masyarakat Ranau pada pagi 24 Ogos, mendapati 1,084 orang  iaitu  400 dos pertama dan 684 dos kedua, termasuk warga emas (WE) dan Orang Kelainan  Upaya (OKU) hadir mendapat suntikan mereka.

Ramai yang ditemui berasa lega kerana sudah menunaikan tanggungjawab mereka menerima suntikan  bagi mengekang jangkitan Covid-19 yang kini masih melanda seluruh dunia.

“Kita harus akur dan mematuhi arahan kerajaan untuk sama-sama memutuskan rantaian  Covid-19, ‘Lindung Diri, Lindung Semua'”, jelas Hakim Bin Lahat 67, dari Kg.Paka Dua Ranau antara yang hadir menerima suntikan dos kedua meskipun berkerusi roda yang diiringi anak lelakinya Faizal.

                

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN