Abdul Hakim mdnerima cenderahati daripada Mohd Ali sambil diperhatikan Sahari (kanan sekali) dan Hj Yahya.
LABUAN:Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) tidak boleh jadi penoton jika ingin dilihat kekal relevan, sebaliknya perlu menjadi penaraju dalam membimbing umat Islam khususnya di Sabah dan Labuan.
Demikian kata Timbalan Yang Dipertua USIA pusat, Datuk Abdul Hakim Haji Gulam Hassan ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan USIA Bahagian Labuan di sini, pada Ahad.
Katanya, USIA tidak boleh hanya menjadi organasasi lama yang hanya dikenang sejarah, tetapi mesti kekal relevan, berdaya maju dan dekat dengan masyarakat.
Justeru itu beliau mengajak ahli ahli USIA membulatkan tekad dengan menjadikan persidangan USIA yang diadakan di setiap bahagian dijadikan sebagai titik tolak kebangkitan baru umat Islam.
“Kita mesti bersatu menolak segala bentuk perpecahan, menutup pintu fitnah dan menggantikannya dengan budaya ilmu, kasih sayang dan kerjasama.
Beliau turut mengimbas sejarah USIA yang telahpun berusia 56 tahun penubuhannya yang telah banyak memainkan peranan dalam mengerakkan dakwah menyebarkan syiar Islam di bumi Sabah dan Labuan.
Katanya, sejarah panjang USIA adalah bukti perjuangan dakwah, pendidikan dan kebajikan umat Islam. Justeru, persidangan kali ini penting sebagai wadah muhasabah, perbincangan dan perancangan masa depan umat.
“Kalau kita imbas sejarah, antara kejayaan terbesar USIA termasuklah penubuhan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) pada tahun 1972, selain itu USIA juga berjaya memuktamadkan agama Islam sebagai agama rasmi negeri Sabah yang telah diistiharkan secara rasmi pada 23 September 1973”, katanya.
Beliau berkata USIA sejak awal penubuhannya menjadi wadah utama penyatuan umat Islam khususnya di Sabah dan sejarah telah mencatatkan bagaimana generasi terdahulu berjuang mengangkat martabat Islam dengan semangat ukhuwah, dakwah dan pendidikan.
“Hari ini semagat itu perlu kita warisi dan diteruskan jika ingin melihat USIA terus relevan”, katanya.
Dalam waktu yang sama beliau menzahirk kegusaran bila mana umat Islam hari ini jauh daripada Ai-Quran, malah generasi muda hari ini berdepan dengan pengaruh negatif media sosial dan ancaman gejala sosial yang jika tidak dipandu dengan pendidikan Islam, mereka akan hilang jati diri dan akan mengancam masa depan generasi muda belia Islam.
” Dunia digital membawa peluang besar, tetapi jika tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya, umat Islam akan terus hanyut dalam arus global tanpa sempadan yang mana kebenaran dan kebathilan menjadi unsur cabaran yang sukar untuk diskriminasikan”, katanya.
Tambahmya, cabaran terbessr dari ledakan teknologi maklumat dalam era globalisasi hari ini adalah wujudnya budaya fitnah yang merosakkan umat.
Fitnah dalam Islam katanya, bukan sekadar tuduhan palsu, tetapi merangkumi penyebaran berita yant tidsk sahih, manipulasi fakta, adu domba dan hasutan yang memecahbelahkan umat Islam.
“Hakikatnya, fitnah mampu menghancurkan intitusi, merosakan ukhuwah dan menghilangkan keberkatan.
“Adalah menjadi tanggung jawab dan kewajiban kita semua untuk membendung gejala ini….. Kita wajib menghentikannya.”, katanya.
Hadir sama, Ketua USIA Bahagian Labuan, Mohd Ali Asmaran Datuk Seri Panglima Omar Bledram, Timbalan Ketua USIA Bahagian Labuam, Sahari Amdan dan Naib Ketua USIA Bahagian Labuan, Haji Yahya Haji Bakri.



