CENDERAKENANGAN .. Hamsiah (kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada Harun.-FOTO: AJM
PITAS: Sikap rajin berusaha dan tabah dalam nenghadapi cabaran adakah antara ciri-ciri yang perlu diterapkan oleh seseorang usahawan.
Presiden Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) Datuk Haji Harun Haji Ismail berkata, keusahawanan adalah satu bidang yang amat perlu diberi tumpuan kerana ianya mampu menyumbang pembangunan ekonomi masyarakat dan negara.
” Para usahawan juga perlu meningkatkan pengetahuan dan keupayaan agar perniagaan yang mereka ceburi bertambah maju dan membantu mengangkat ekonomi keluarga untuk masa depan mereka,katanya.
Dalam hubungan ini katanya Program D’ Can yang diadakan setiap tahun yang mendapat sambutan dari pelbagai pihak terutamanya ahli-ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di daerah ini perlu di pelbagaikan lagi acaranya.

RASMIKAN….. Kelihatan Harun melakukan paluan gong sebanyak tujuh kali tanda rasminya program tersebut.- FOTO AJM
“Jika program yang di khususnya untuk kaum wanita ini dipelbahaikan sudah tentu ianya akan terus menarik perhatian mereka yang masih berada diluar sana untuk sama-sama memulakan perniagaan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia.
Harun yang juga Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Oil & Gas Development Corprotion Sdn Bhd, berkata demikian dimajlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kelab Usahawan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia, Pitas (KUSAIMP) bagi tahun 2025 di Dewan Majlis Daerah Pitas dekat sini baru-baru ini.
Beliau juga meminta masyarakat majmuk di daerah ini khasnya sentiasa mengukuhkan hubungan silaturahim dan bersatu pm menyokong kerajaan dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor untuk meneruskan agenda pembangunan menerusi program Sabah Maju Jaya SMJ.
“Kita tidak mahu negeri kita mundur dan terbelakang akibatnya tidak ada kestabilan politik dan akhirnya ekonomi negeri merundum sehinga keperingkat daerah pun terlibat sama,” tegasnya.

SAMPAIKAN… Harun (kiri,) menyampaikan replika cek RM10,000 sebagai dana kepada Puan Hamsiah Haji Ismail Pengerusi KUSAIMP sambil diperhatikan oleh Siti Mariam.
Pelbagai acara diadakan pada majlis itu diantaranya penyampaian sumbangan oleh Harun kepada Kelab Usahawan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia, Pitas (KUSAIMP).
Hadir sama, Isteri Harun Datin Hajjah Siti Mariam Wong, Penolong Pengurus AIM Wilayah Sabah, Encik Nasri Basren, Pengurus AIM Cawangan Pitas, Encik Mazlan Aripin, Pengerusi Kelab Sukarelawan AIM Cawangan Pitas (KUSAIMP) Hamsiah Haji Ismail, Ketua Lembaga Perwakilan Sahabat Usahawan Pitas Julainah Arman.
Turut bersama Pegawai Khas kepada Harun iaitu Abdul Majid Tarip@Man Tar, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Pitas, Ariffin Matasin yang juga Ahli Jawatankuasa PGRS Bahagian Pitas bersama Malai Saharuddin Malai Ahmat, Stanley Lubihan dan Ketua Bahagian PBS Pitas Awang Okik.



