25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

UPKO Bertanding 25 Kerusi, Tegaskan Agenda “Sabah First” Berteraskan MA63


KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding di 25 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah kali ini, sambil menegaskan komitmen untuk membawa agenda pembangunan yang berlandaskan hak-hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berkata, barisan calon UPKO akan digerakkan dengan satu tekad iaitu memperjuangkan manifesto serta agenda “Sabah First”, selaras dengan tuntutan hak Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan.



Ewon menegaskan bahawa kepimpinan berprinsip akan menjadi tunjang utama pasukan calon UPKO, dengan setiap calon diberikan tanda aras serta petunjuk prestasi jelas bagi memastikan khidmat terbaik kepada rakyat dapat dilaksanakan secara konsisten.

Menurut beliau, perjuangan menuntut pelaksanaan hak 40 peratus hasil Sabah juga akan menjadi fokus utama. Katanya, pembayaran semula hasil itu penting bagi membolehkan kerajaan negeri memacu pembangunan infrastruktur dan ameniti, memperkukuh ekonomi serta keusahawanan, membasmi kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat secara lebih berkesan.

Ewon turut merayu sokongan seluruh rakyat Sabah bagi membolehkan UPKO melaksanakan agenda perubahan yang diperjuangkan parti itu.

“Hanya dengan mandat rakyat, kami dapat membawa Sabah ke tahap pembangunan yang lebih baik,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN