31 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

UMS tubuh Kursi Rumpun Bajau Sama

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) secara rasminya menubuhkan sebuah lagi kursi akademik yang dikenali sebagai Kursi Rumpun Bajau Sama.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan berkata, penubuhan kursi itu bertujuan untuk mengadakan penyelidikan dan aktiviti pelestarian bagi memelihara, memulihara dan membangunkan kebudayaan dan kesenian Rumpun Bajau Sama.

“Dengan penubuhan kursi ini ia dapat memastikan peradaban, adat, tradisi dan budaya Rumpun Bajau Sama sentiasa terpelihara dan membangun mengikut peredaran zaman.

“Pelbagai jenis aktiviti dan tanggungjawab juga akan dilaksanakan melalui penyelidikan akademik dan penganjuran program-program seperti simposium, seminar, bengkel, dan festival kesenian,” katanya.

Rahman berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah atas sumbangan dana sebanyak RM10 juta bagi tujuan penubuhan kursi akademik tersebut.

“Pelantikan Pemegang Kursi ini akan dibuat dalam tempoh terdekat.

“Pemilihan calon adalah dengan mengambil kira pengetahuan dan pemahaman yang tinggi terhadap kebudayaan dan tradisi suku Bajau Sama,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, cadangan penubuhan Kursi Rumpun Bajau Sama ini bermula pada tahun 2022 melalui petikan ucapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor pada Majlis Perasmian Pesta Regatta Lepa di Padang Bandaran Kota Kinabalu.

Kursi akademik selepas Kursi Kadazandusun dan Kursi Pengurusan Kelestarian Kelapa Sawit Felda Global Ventures (FGV) itu akan ditempatkan dibawah Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) UMS.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN