ADVERTISEMENTspot_img

UMS Perkasa Pendidikan STEM Program UMS-SPRINT

Pengarah Program, Izz Aeireen (kanan), Jurulatih- Ts. Audrina(kiri)



KOTA KINABALU:  Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh peranan sebagai institusi berteraskan tanggungjawab sosial menerusi penganjuran Program UMS-SPRINT: SDG-ESG – SULAM (Service Learning Malaysia-University for Society) Fun Learning Day yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Tampasak Togudon baru-baru ini.

Program anjuran kursus EK00102 Interaksi Institusi dan Masyarakat (INTERIM) Seksyen 8 itu melibatkan penyertaan seramai 74 murid sekolah rendah daripada Sekolah Kebangsaan Tampasak Togudon, Sekolah Kebangsaan Kipovo dan Sekolah Kebangsaan Babagon. Program ini memberi pendedahan awal kepada murid di peringkat akar umbi terhadap pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan.

Pelbagai aktiviti praktikal dilaksanakan antaranya Tower Challenge, Mini Volcano, Egg Drop Challenge dan Terrarium Project yang dirangka bagi merangsang pemikiran kreatif, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) serta memupuk kerjasama dan komunikasi dalam kalangan murid. Program turut diserikan dengan ceramah keselamatan bertajuk “Be a Young Safety Hero” yang disampaikan oleh Encik David Kong daripada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cawangan Kota Kinabalu.

Pengarah Program, Izz Aeireen binti J. Azlem, berkata penganjuran program ini mencerminkan komitmen UMS dalam memperkukuh jalinan kerjasama universiti dan komuniti setempat melalui pendekatan pembelajaran bermakna dan berimpak.

Sementara itu, Jurulatih Program, Ts. Audrina Norbert, berkata program berkenaan bukan sahaja memberi manfaat kepada murid sekolah rendah, malah menjadi platform pembelajaran berasaskan pengalaman kepada pelajar UMS. Menurutnya, melalui program ini pelajar UMS berpeluang mengembangkan kemahiran insaniah termasuk kepimpinan, komunikasi, kerjasama, pemikiran kritis dan kebolehan menyelesaikan masalah melalui penglibatan secara langsung bersama komuniti.

Pengarak Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Profesor Madya Dr. Jurry Foo berkata UMS SPRINT kali ini sangat istimewa kerana mendapat suntikan dana SULAM dari Pusat Perkembangan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA) UMS. UMS turut merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah  atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN