25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Oktober 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

UMS lancar modul “Penting Bah Air!” tingkat kesedaran pengurusan sumber air

Modul Penting Bah Air!

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperkenalkan modul terkini bertajuk Penting Bah Air! bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pengurusan sumber air secara berhemah dan mampan.

Modul berkenaan dibangunkan oleh Profesor Madya Dr. Jurry Foo dari UMS, sebagai sebahagian daripada pelaksanaan program Kembara Ilmu KESSA 2025: “Air Kitani, Tanggungjawab Bersama Bah” yang berlangsung di Beaufort pada 23 dan 24 Ogos lalu.

Program anjuran UMS itu dilaksanakan di bawah inisiatif NAWABS, yang memberi sokongan kepada Pelan Tindakan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM).

Menurut Dr. Jurry, modul interaktif tersebut bukan sahaja menyediakan pengetahuan asas tentang kepentingan air dan pengurusannya, tetapi turut melibatkan refleksi penggunaan air harian dalam kalangan peserta.

Profesor Madya Dr. Jurry Foo, Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar UMS.

“Matlamat utama modul ini adalah agar masyarakat memahami fungsi air di bumi, peranan air dalam kehidupan manusia, serta tanggungjawab individu dalam menguruskan sumber air,” katanya kepada media pada Jumaat

Beliau menegaskan krisis air tidak hanya berkait dengan sumber, tetapi juga kesedaran masyarakat dalam membudayakan penggunaan air secara bijak, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mapan (SDG).

UMS melalui Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan turut menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi serta komuniti dalam memperluas program pemindahan ilmu berkaitan kesedaran air di semua peringkat masyarakat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN