26.1 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

UMNO Labuan tuntut janji pembinaan MRSM

Mohd Rafi bersama Datuk Wira Megat Zulkarnain pada Majlis Perasmian Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Hotel Palm Beach and Spa Resort Manikar, pada Sabtu.

LABUAN: UMNO Bahagian menuntut kerajaan menunaikan janji untuk membina segera Maktab Rendah Sains MARA (MSRM) yang telahpun diluluskan oleh kerajaan pada tahun 2015.

Ketua UMNO Bahagian Labuan Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, pembinaan MRSM Labuan telah pun diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2015 lagi, tetapi dibatalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Namun usaha pembinaan MRSM yang dijanjikan pada tahun 2015 akan diteruskan semula seperti yang diumumkan oleh mantan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri pada tahun 2022.

“Mantan PM itu berjanji untuk meneruskan pembinaan MRSM ketika berucap dihadapan lebih 3000 rakyat Labuan pada tahun 2022 sempena lawatan jelajah beliau ke Labuan, tetapi sehingga hari ini MSRM yang dijanjikan itu belum nampak bayangnya.

Mohd Rafi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Persidangan UMNO Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Labuan yang berlangsung di Hotel Palm Beach and Spa Resort Manikar, di sini pada Sabtu.

Majlis perasmian persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Wira Megat Zulkarnain Sri Omardin di sini pada, Sabtu.

Justeru itu Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) mendesak agar kerajaan yang ada hari ini segera meluluskan pembinaan MSRM.

Mohd Rafi menyampaikan cenderahati kepada Megat Zulkarnain selepas merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Katanya pembinaan MSRM ini amat penting kerana ia bukan sahaja menjadikan Labuan sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, tetapi juga membantu meningkatkan ekonomi Labuan.

Bagi merealisasikan pembinaan MSRM itu beliau dalam ucapannya turut menyuarakan hasrat rakyat Labuan itu kepada Datuk Wira Megat Zukarnain untuk disampaikan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu katanya, UMNO di Labuan semakin mendapat tempat di hati rakyat, apabila sambutan luar biasa diterima bukan sahaja dalam mesyuarat-mesyuarat cawangan baru-baru ini, tetapi juga dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh UMNO Labuan sepanjang dua tahun kebelakangan ini.

” Sokongan rakyat Labuan yang luar biasa ini menjadi satu isyarat jelas bahawa rakyat mula kembali menyokong partili UMNO” katanya.

Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Bashir Alias, Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khalid Ghani dan Kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian yang melibatkan AJK Bahagian, Wanita, Pemudadan Puteri.

Persidangan t itu tambah meriah dan bersemangat apabila turut dihadiri oleh beberapa pemimpin UMNO dari Selangor dan Sabah serta rombongan Wanita UMNO dari Putrajaya

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN