29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 27, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

UMNO Labuan sumbang dua unit penghawa dingin kepada Surau An Najjah PPR Batu Arang

Bashir (empat dari kanan) ketika menyerahkan sumbangan tersebut kepada pihak Jawatankuasa surau berkenaan sambil disaksikan oleh beberapa AJK UMNO Bahagian.

LABUAN: UMNO Bahagian Labuan menerusi Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan menyumbang dua unit penghawa dingin kepada Surau An Najjah Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Arang di sini.

Majlis ringkas penyerahan penghawa dingin tersebut disempurnakan oleh Timbalannya Datuk Bashir Alias yang diadakan di surau berkenaan baru baru ini.

Mohd Rafi berharap dengan adanya sumbangan tersebut akan memberi keselesaan kepada jemaah surau berkenaan mengerjakan ibadah dan aktiviti surau.

Dalam pada itu pihak jawatankuasa surau An Najjah menzahirkan penghargaan atas sumbangan yang memberi manfaat besar kepada jemaah, khususnya sepanjang bulan Ramadan.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Kampung Lajau, Muhammad Jakop dan Setiausaha UMNO Bahagian, Rosli Haji Omar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN