LEPAH…. Bashir melepah daging lembu korban sambil diperhatikan oleh Niswati (kanan sekali), Musa (kiri) dan Sahri (empat dari kanan).
LABUAN: Umno Labuan bersama tiga sayap parti itu, Wanita, Pemuda dan Puteri telah melaksanakan ibadah korban secara bergotong royong dengan mengutamakan pematuhan Prosedur Operasi Standart (SOP) yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselmatan Negara (MKN).
Ketua UMNO Bahagian Labuan yang juga Ahli Dewan Negara Senator, Datuk Bashir Alias bersyukur kerana proses pemyembelihan dan juga kerja-kerja melapah termasuk mengagihkan daging-daging tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan tiada penularan wabak COVID 19 berlaku di pulau ini.
“UMNO Labuan rasa bersyukur kerana dalam situasi umat Islam berdepan dengan wabak COVID 19 masih dapat menjalankan ibadah korban dengan sempurna sekalipun terpaksa mematuhi semua SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi mengelakan penularan wabak COVID 19 yang melanda dunia ketika ini.” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menyaksikan Majlis Ibadah Korban anjuran UMNO Bahagian bersama tiga Sayap UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri di Kampung Pohon Batu, pagi Sabtu.
Hadir sama, Naib Ketua UMNO Bahagian, Sahri Tarji, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Niswati Tarji, Ketua Pemuda, Musa Basman dan Ketua Puteri, Jura’adhiyah Dr. Harun serta AJK UMNO tiga peringkat.
Pada majlis itu sebanyak empat ekor lembu telah disembelih untuk ibadah korban dengan sebahagian besar dagingnya diagihkan kepada ahli ahli UMNO dan juga umat Islam di sekitar Labuan.
Sementara itu Jawatankuasa Masjid Al Munawwar Kampung Pohon Batu juga melaksanakan majlis yang sama dengan menyembelih sebanyak empat ekor lembu dan dua ekor kambing.
Pengerusi Jawatakuasa Masjid Al Munawwar Kampung Pohon Batu, Hariade Omar berkata, dua daripada lembu berkenaan disumbangkan melalui Program Masjid Al Munawwar, seekor sumbangan individu dan seekor lagi sumbangan daripada Badan Kebajikan Islam Petronas (BAKIP) Wilayah Persekutuan Labuan.