24 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

UMNO  Labuan  hulur sumbangan   kepada mangsa kebakaran

GAMBAR: BASHIR menyampaikan sumbangan kepada Abandi sambil diperhatikan Khalid (kanan sekali) dan Nurul Shakinah (dua dari kiri)

LABUAN: UMNO Bahagian Labuan  menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran rumah  di Kampung Pantai, pada Ahad.

Sumbangan berupa wang tunai dan sedikit pakaian itu disampaikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Bashir Alias mewakili Ketua Bahagian, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan kepada ketua keluarga mangsa kebakaran, Abandi Samat  ketika beliau menyantuni  keluarga tersebut.

Hadir sama, Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khlaid Ab. Ghani, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Saiful Pungut,   Naib  Ketua Puteri, Nurul Syakinah Sairin serta beberapa Ahli Jawatankuasa UMNO  empat peringkat.

Bashir ketika ditemui  berharap ahli keluarga yang ditimpa musibah diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian di bulan yang penuh keberkatan ini.

“Kita berharap ahli keluarga sentiasa tabah menghadapi cabaran dan diberi kekuatan dan redha dengan ketentuan  Allah  Subhannahu wa ta’ala”katanya

Sementara itu, Mohd Rafi berkata sumbangan itu sebagai tanda simpati  atas kejadian yang menimpa keluarga  mangsa  serta berharap sumbangan itu mampu meringankan beban mangsa  yang terkesan dengan kebakaran tersebut.

“Sumbangan ini sebagai tanda simpati atas kejadian yang berlaku terhadap  keluarga mangsa, apatah lagi salah seorang ahli keluarga itu adalah ahli Puteri UMNO cawangan Pantai” katanya.

Pada Jumaat lalu kira-kira jam 2.15 petang  sebuah rumah dua tingkat milik Abandi Samat yang dihuni 8 ahli keluarga  musnah dalam satu kebakaran dan salah seorang ahli keluarga mangsa kebakaran merupakan ahli Pergerakan Puteri UMNO cawangan Kampung Pantai.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN