27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ulang tahun ke-30 Tadika Yuk Yu, contoh komitmen padu,terbaik- Jonathan

RANAU: Tadika Yuk Yu di bawah Gereja Basel Ranau yang menyambut ulang tahun ke-30 di sini baru-baru ini merupakan contoh komitmen yang padu dalam menyediakan pendidikan awal kepada kanak-kanak yang mesti dicontohi oleh institusi lain.

Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin yang merasmikan sambutan itu di tadika tersebut baru-baru ini mengatakan bahawa tidak dinafikan bahawa sejarah pusat itu sendiri adalah bukti dedikasi pentadbiran gereja yang memiliki visi jauh ke hadapan.

“Sudah diketahui secara luas bahawa pendidikan adalah aset paling berharga yang dapat kita berikan kepada anak-anak kita selain dari jagaan dan kasih sayang, memandangkan mereka adalah pemimpin negara kita untuk hari esok.

“Bersama menyambut ulang tahun ke-30 tadika ini hari ini, kita percaya bahawa mereka yang bertanggungjawab di sini benar-benar memahami agenda ini dan menumpukan perhatian untuk memperjuangkan hal ini demi si kecil yang kita sayangi,” katanya.

Jonathan yang juga Pengerusi Lembaga Koko Malaysia mengucapkan tahniah kepada semua guru dan kakitangan, terutamanya pentadbir gereja yang telah menyuluh laluan bagi ribuan kanak-kanak yang bermula di sini sejak tahun demi tahun.

“Pusat ini mempunyai sejarah tersendiri dan kita mengharapkan agar anak-anak terus mendapat bimbingan yang terbaik dalam melahirkan generasi pintar yang bukan hanya berguna kepada ibu bapa dan keluarganya tetapi kepada masyarakat masa hadapan.

“Di pihak kami, kami tidak teragak-agak untuk menawarkan sokongan dan bantuan dengan berkomunikasi dengan pihak berkuasa yang lebih tinggi dengan menyalurkan apa-apa cadangan yang diminta dari tadika untuk kebaikan pusat ini.

“Kami berharap Tadika Yuk Yu akan terus berkembang dari masa ke masa untuk menghasilkan kanak-kanak yang bijak dan cerdas sebagai pemimpin generasi masa depan. Kami percaya dengan komitmen yang kuat dari guru-guru dan pentadbir di sini, ini semua tidak mustahil,” jelas beliau.

Tadika yang ditubuhkan lebih dari 30 tahun yang lalu, bermula dengan hanya dua guru dan jumlah muridnya kurang dari 10 orang, terus berkembang setiap tahun, di mana kini ia mempunyai enam guru dan 105 murid berusia empat hingga enam tahun.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Gereja Basel Ranau Fung Tze Kyun, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Swasta) Enarty Binti Mill, Pengerusi Pengelola Yen Yong Fah, Guru Besar Marina Fung dan lain-lain.-TAMAT-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN