30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

U-Science UMS, YIM Bincang Kerjasama Strategik Bagi Program Membudayakan STEM Kepada Masyarakat

Kasim (empat dari kiri) menerima sumbangan alat peranti pintar daripada pihak YIM.

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui U-Science telah mengadakan perbincangan bersama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bagi kerjasama strategik berkaitan program pembudayaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua U-Science UMS, Zawawi Tiyunin ketika menerima kunjungan rombongan lawatan kerja daripada YIM.

Katanya, selain perbincangan kerjasama strategik, U-Science UMS dan YIM turut mengadakan sesi perkongsian maklumat di antara kedua-dua pihak.

“Semasa menerima kunjungan ini, kita telah memberi penerangan tentang usaha-usaha yang dijalankan U-Science termasuk pameran Physics Fest dan IT Project Exhibition yang berlangsung baru-baru ini.

“Dengan kerjasama yang lebih strategik, saya percaya penganjuran program-program untuk membudayakan STEM kepada masyarakat Sabah khususnya boleh dirangka dan dilaksanakan dengan lebih menyeluruh dan berkesan,” katanya.

Dalam pada itu, rombongan YIM yang diketuai Ketua Pegawai Operasi YIM, Mohd Rozaidi Abdul Rahman telah menyumbangkan lapan buah alat peranti pintar kepada U-Science.

Sumbangan tersebut telah diterima oleh Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Hj Mansor, yang turut merakamkan penghargaan atas kesudian YIM untuk mengadakan lawatan kerja ke UMS serta pemberian sumbangan peranti tersebut.

“Semoga usaha murni ini dapat dikekalkan bagi membantu meningkatkan pembelajaran sains di Sabah,” ujar beliau.

Hadir sama dalam sesi kunjungan tersebut Eksekutif Kanan YIM, Syaifuldeen Muda; Ketua Pustakawan UMS, Md Sazali Md Salleh; dan dua Pegawai Sains Kanan U-Science, Malcolm Jilimin dan Saidah Mat Salleh.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN