30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tubuh Koperasi tingkat sumber ekonomi: Ghani Yassin

Ghani (duduk tengah) semasa mendengar taklimat pihak pengurusan ladang.

NABAWAN: Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin menyaran agar peserta Ladang Sumatalun menubuhkan Koperasi bagi meningkatkan sumber ekonomi mereka.

Katanya, penubuhan Koperasi akan memudah penyaluran dana daripada Kementerian yang berkenaan dan jabatan-jabatan yang berkaitan.

” Selepas Koperasi ditubuhkan kelak, pihak pengurusannya nanti boleh menjalankan perniagaan atau aktiviti ekonomi yang bersesuaian bagi meningkatkan sumber pendapatan peserta selain program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) yang telah dilaksanakan oleh LKTNS di kebanyakan ladangnya di seluruh Sabah” katanya semasa melawat ladang dan mengadakan perjumpaan dengan pengurusan ladang LKTNS Sumatalun pada Sabtu.

Ghani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan berkata, terdapat bebeberapa Koperasi telah ditubuhkan melalui organisasi dibawah LKTNS dan yang terbaharu adalah Koperasi Marais Center Berhad yang telah mendapat dana lebih kurang RM1juta bagi melaksanakan Program Desa Lestari di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Persekutuan.

“Kita berharap jika Koperasi peserta ladang Sumatalun ditubuhkan kelak akan mendapat dana seumpama itu” katanya.

Pada masa sama Ghani berkata, LKTNS akan terus mempelbagaikan program AET termasuk penanaman durian musang king dan padi bukit di kawasan yang bersesuaian.

Sempena perjumpaan itu Ghani diiringi oleh Pengurus Besar LKTNS Syaheddrul R. Joddari dan Pengurus-Pengurus Kanan Pusat dan Wilayah Barat diberi taklimat oleh Pengurusan Ladang Sumatalun memberitahu sebanyak 500 bibit durian musang king akan dibekalkan kepada peserta sebagai tambahan projek AET tanaman lada hitam dan hidroponik.

Terdahulu Ghani bersama rombongan meninjau kerja-kerja penyelanggaraan jalan raya dan pembinaan jambatan di laluan masuk masuk ladang Sumatalun.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN