25 C
Kota Kinabalu
Selasa, November 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Tren jangkitan COVID 19 di Labuan berubah dari individu kepada kumpulan berkeluarga

Oleh:Jainudin Djimin

LABUAN: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Wilayah Persekutuan Labuan mendapati tren jangkitan COVID 19 yang berlaku secara mendadak sejak beberapa hari lalu disebabkan jangkitan berkeluarga.

Pengerusinya Rithuan Ismail  berkata, jika sebelum ini tren jangkitan secara individu tetapi  apa yang berlaku sejak beberapa hari ini mendapati jangkitan itu melibatkan ahli keluarga yang tinggal serumah melalui  majlis  perjumpaan keluarga.

“Melalui ujian RTK-antigen dan ujian melalui Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) menunjukkan sebilangan besar jangkitan  melibatkan ahli keluarga dan rakan-rakan yang menghadiri perjumpaan keluarga, melakukan ziarah Hari Raya dari rumah ke rumah termasuk mengunjungi  Bazar Ramadan.

“Ketika ini jumlah kes positif tertinggi direkodkan adalah daripada kalangan ahli keluarga dan bukan lagi individu yang tiba melalui terminal feri dan Lapangan Terbang’ katanya ketika ditemui media selepas meninjau Pusat Kuarantin Rawatan COVID 19 (PKRC) di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan, pada Jumaat.

Rithuan yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan mengjangkakan jumlah kes positif akan terus meningkat secara mendadak  dalam tempoh seminggu ini, apabila pihak Jabatan Kesihatan melakukan saringan secara besar besaran  dikalangan keluarga yang dijangkiti.

 Untuk rekod, Labuan pada Jumaat telah mencatatkan peningkatan mendadak sebanyak 84 kes berbanding hari sebelumnya 17 kes menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan  2,638 kes.

Selain itu, Labuan juga menambah satu lagi Kluster baharu iaitu Kluster Simpang Sahari Kampung Bukit Kalam dengan merekodkan 9 kes positif dan 119 kontak rapat telah disaring.

Sebelum ini  pada 19 Mei lalu, Labuan telah  mencatatkan   Kluster Victoria Merdeka  melibatkan sebuah pusat membeli belah di pusat bandar yang merekodkan 16 kes dan 151  kontak rapat telahpun menjalani saringan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN