25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 13, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

TRANSFORMASI SOSIAL MELALUI UMS-SPRINT: SDG-ESG-SULAM “THE BRAIN OF BORNEO”

Dr. Colonius dan Nurul Sabrina



UNIVERSITI Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar sekali lagi membuktikan komitmennya sebagai pusat intelektual dan pemangkin pembangunan mapan melalui pelaksanaan program SULAM-Pendidikan Tidak Formal Pemangkin Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak) di Madrasah Al-Mukarromah, Kampung Kuala Baru, Sepanggar.

Program ini merupakan sebahagian daripada penilaian wajib kursus kokurikulum berkredit yang dijenamakan pada semester ini sebagai UMS-SPRINT: SDG-ESG-SULAM, iaitu Program Mahasiswa Prihatin (SPRINT) dengan penerapan SDG-ESG dan SULAM (Service Learning Malaysia-University for Society).


Program yang dibimbing jurulatih Dr. Colonius Atang ini dianjurkan pada semester ini oleh Kursus Kokurikulum Berkredit Kepimpinan dan Motivasi (Baktisiwa) Seksyen 1 melibatkan 32 orang kanak-kanak dengan tujuan utama memperkasakan ilmu pengetahuan komuniti pinggir bandar tertumpu di samping menjana pengetahuan mahasiswa yang memberi impak praktikal serta menyelesaikan cabaran komuniti setempat melalui pendekatan pembelajaran berasaskan kredit yang integratif dan relevan.

Aktiviti yang mendapat suntikan dana SULAM daripada PPKA (Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik UMS) telah melaksanakan aktiviti berkaitan STEM, ceramah perlindungan diri dan English Time.

Impak maksima program ini adalah pewujudan sudut membaca di madrasah yang sudah pastinya membangkitkan minat membaca berterusan dalam kalangan warga madrasah, sesuai dengan tujuan penyediaan pendidikan untuk semua dalam Matlamat Pembangunan Mapan (SDG).

Pengarah program Nurul Sabrina Rahman ketika ditemui berkata program ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dan peranan UMS sebagai pemacu pembangunan mampan di Borneo.

Pelajar Tahun Program Hubungan Antarabangsa itu bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalankan tanggungjawab sosial bersama Madrasah Al-Mukarromah di bawah inisiatif ESG dari aspek sosial melalui kursus kokurikulum berkredit.

Manakala Pengarah Pusat tersebut Profesor Madya Dr. Jurry Foo menegaskan bahawa program seumpama ini akan terus diperkasakan untuk mencapai kesejahteraan komuniti dan pembentukan mahasiswa yang holistik.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN